10 Inspirasi Kek Hantaran

Oleh Adilah Fatin

Tercari-cari inspirasi kek hantaran anda? Kami senaraikan 10 inspirasi kek yang pastinya dapat membantu anda.

#1: Kek berwarna putih yang dihiasi dengan floral applique' boleh menaikkan efek vintaj.

#2: Warna bungaan pastel yang lembut menyerlahkan lagi kelembutan corak 'ruffles' pada kek.

#3: Jika selalunya kek diperindah dengan hiasan bunga di sekelilingnya, kali ini, bunga menjadi titik tumpuan di tengah dengan hiasan corak seakan manik.

#4: Anda dan pasangan memilih tema hitam? Hiaskan kek hantaran mengkut tema anda juga. Dengan corak keemasan, kek hantaran anda tentunya akan kelihatan unik dan menarik.

#5: Kek yang minimalistik dengan penggunaan hanya satu tona warna tidak semestinya akan kelihatan suram. Magnolia berbunga penuh adalah hiasan terbaik untuk menaikkan seri kek anda.

#6: Jika kek fondan kurang digemari anda dan pasangan, kek butter yang ringkas dengan hiasan yang memberikan feel 'sweet & nice' pun cantik juga.

#7: Hiasan hydrangea dan bunga ros yang disusun melingkar naik pada kek kelihatan kemas dan menarik.

#8: Yes...cantik kan? Bunga hiasan yang gah tentunya menjadi faktor 'wow' untuk kek ini.

#9: Kek yang selalunya berwarna putih tidak semestinya harus dipadankan dengan hiasan pastel. Serlahkan lagi kek anda dengan hiasan yang berwarna kontra. Tentunya tidak kurang menarik.

#10: Sukakan warna monochrome? Ini untuk pasangan yang hip dan moden di luar sana. Memang ada kelas yang tersendiri.

. . . . . . . . . .

Sumber: Gateauxlicious

Website: www.gateauxlicious.com


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin