11 Trend Rekaan Sepatu Kahwin 2016

Oleh Charmaine Nash

Terdapat pelbagai jenis, rekaan & rona warna sepatu. Sepatu manakah yang menjadi pujaan hati anda?

Selesai sudah perbincangan jenis rekaan baju nikah & sanding. Sekarang mari kita cari inspirasi rekaan sepatu kahwin, takkanlah anda ingin naik ke atas pelamin dengan hanya memakai sandle atau flats. Kami kongsikan 10 trend rekaan kasut kahwin yang pasti menambat hati anda.

1. GARDEN OF LOVE
aaa
Sumber: Christy Ng Shoes
Diperbuat daripada kain satin yang berkualiti tinggi, kain lace bermanik dan lining dalaman daripada kulit lembu. Rekaan detailingnya menutupi tepian kasut peep toe ini membuatkan ia kelihatan elegant.


2. DONYA BALLERINA FLATSumber: Christy Ng Shoes
Untuk si pengantin perempuan yang agak tinggi susuk badannya, kami cadangankan untuk memakai kasut flat. Bukan semua kasut flat kelihatan kasual. Lihat kasut flat ini, dijahit khas dengan kain lace bermutu tinggi dan bahagian tumitnya di lapis dengan cushion yang sangat selesa.


3. JACKIE NUDE PUMPS
Sumber: Christy Ng Shoes
Bagi anda yang bercadang untuk pakai semula kasut kahwin untuk bekerja, keluar berjalan atau menghadiri majlis. Kasut satin pumps ini amat sesuai. Designnya tidak terlalu over dan tidak juga terlalu bosan. Heelsnya disalut glitter untuk memberi seri kepada design kasut ini.


4. LADY CATHERINE
Sumber: Christy Ng Shoes
Dibuat khas handmade menggunakan satin berkualiti tinggi, french lace dan lining dalaman kulit lembu, kasut ini sudah pasti selesa dipakai sepanjang majlis. Dilengkapi dengan riben kecil di hujung hadapan kasut memberikan style yang manis untuk si pemakai.


5.SILVER KALILA
Sumber: Christy Ng Shoes
Kasut ini sesuai dipadankan jika persalinan majlis anda berwarna coklat, emas atau kekuning-kuningan. Sulaman bercorak bunga di tepi kasut membuat kasut yang biasa kelihatan anggun.


6. A THOUSAND ROSES CHAMPAGE
Sumber: Christy Ng Shoes
Rekaan kasut bertekstur bunga ros ini amat sesuai untuk bakal pengantin yang sukakan rekaan dramatic. Memandangkan design kasut ini sudah sarat, padankan dengan baju yang rekaannya simple-simple saja.


7. ALOHA WEDDING SHOES
Sumber: Christy Ng Shoes
Rona putih melambangkan kesucian dan bersih, sesuai dengan si pemakai yang manis pada hari majlis tersebut.


8. HERRADURA LACE PUMPS
Sumber: Christy Ng Shoes
Sepatu kain satin yang dihiasi penuh dengan lace biru ini boleh dipadankan dengan busana berwarna putih, cream, biru langit, malah juga sesuai dipadankan dengan persalin berwarna merah jambu yang soft.


9. GISELLE WHITE
Sumber: Christy Ng Shoes
Rekaan kasut heels peep toe yang simple ini dihiasi riben satin & mutiara-mutiara kecil di hujung kasut membuatkan design ini kelihatan amat classy untuk si pengantin yang memakainya.


10. SONGKET(custom made)


Sumber: Christy Ng Shoes
Tidak dilupa sepatu tinggi songket. Tahun 2015 - 2016 menunjukkan trend fesyen songket kembali popular. Untuk padakan busana dengan kasut anda, bawa fabric songket anda dan berbincang dengan designer rekaan yang sesuai.


11. MISS ELECTRA RED (custom made)
Sumber: Christy Ng Shoes
Akhir sekali, sepatu tinggi berwarna merah padam dengan riben dramatic di belakang tumit ini pasti dapat menolehkan semua perhatian tetamu yang hadir.


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Charmaine Nash