11 Dress Bridesmaids Bawah RM140

Oleh Adilah Fatin

Jadi bridesmaids pun banyak gunakan duit sebenarnya. Jimatkan kos anda dengan membeli dress yang sudah siap pada harga yang murah.

#1: Fjura Orked Dress, RM55.66 (Twenty2) - Padanan warna yang sesuai dan corak moden pastinya akan kelihatan cantik pada pemakai.

#2: Jasmin Print Chiffon Maxi Dress, RM59.40 (Poplook) - Baju bridesmaids tidak semestinya perlu kosong. Dress bercorak baroque dengan padanan warna tudung yang bersesuaian juga boleh kelihatan menarik. Jika seorang saja yang pakai mungkin tidak menyerlah sangat. Tetapi jika beberapa bridesmaids pakai corak yang sama tentunya akan kelihatan menarik. Terdapat dalam pelbagai pilihan corak.

#3: Queenie Front Button Chiffon Maxi Dress, RM63.20 (Poplook) - Sukakan 'bell sleeve'? Ini mungkin sesuai dengan anda. Potongannya juga tidak ketat dan kelihatan sopan. Terdapat dalam pebagai pilihan warna.

#4: Reema Slant Ruffle Chiffon Maxi Dress, RM79.20 (Poplook) - Hiasan ruffle yang sendeng memberi impak keayuan dengan sedikit kelainan.

#5: Muneera Chiffon Maxi Dress, RM87.20 (Poplook) - Hiasan layering kelihatan ringkas namun masih menawan. Kemasan di bahagian pinggang membuat pemakai kelihatan lebih langsing. Terdapat dalam pelbagai pilihan warna.

#6: Aneesa Side Ruffle Maxi Dress, RM89.60 (Poplook) - Perincian ruffle yang simetri pastinya akan kelihatan comel dikenakan si pemakai. Terdapat juga dalam pelbagai pilihan warna.

#7: Nafyana Latifa Jersey Draped Dress, RM93.40 (Twenty2) - Kelihatan sedikit 'arabic'. Bukan sahaja sesuai untuk majlis resepsi atau akad nikah yang bertemakan arabic wedding, bahkan sesuai juga untuk malam berinai. Pemakai boleh mengenakan aksesori yang sedikit ekstravagan untuk kelihatan lebih menarik.

#8: Fjura Jasmine Box Pleat Dress, RM94.34 (Twenty2) - Kelihatan seperti baju kurung, tapi sebenarnya dress. Menarik bukan? Ringkas namun masih kelihatan ayu pada pemakai.

#9: Sufyaa Mermaid Dress, RM105 (Fashionvalet) - Kemasan lace membuat dress ini kelihatan lebih menarik. Potongan bahagian atas dan bahagian pinggang ke bawah memberi ilusi kerampingan pada pemakai.

#10: The Wirdawirna Knot Dress, RM110 (Fashionvalet) - Memberikan sedikit kelainan. Stail tradisional moden ini kelihatan unik dan menawan.

#11: Dua Royal Diana, RM135 (Twenty2) - Gaya elegan pemakai akan nyata terserlah dengan dress ini. Pilihan kualiti kain yang bagus tentunya selesa untuk pemakai.

Jika pakaian anda bercorak kosong atau ringkas, bawa aksesori dalam beg tangan anda. Setelah tugas anda sebagai bridesmaid selesai, anda boleh mengenakan aksesori anda dan bergaya mengikut citarasa anda di majlis itu nanti.

. . . . . . . . . .

Foto header: The Leiora

. . . . . . . . . .


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin