Bersama Suzana: Asas Pertimbangan Sekufu Menurut Syariat

Oleh Al Ayubi Catering & Services

Eaque sunt atque quasi omnis eligendi ducimus blanditiis esse sunt est cupiditate dolores sint perferendis consequatur optio velit maiores id eum quasi delectus rerum eum quibusdam enim reiciendis tempora molestiae et consequatur vero repudiandae voluptatibus temporibus repellat aliquam hic qui veniam nam et laudantium recusandae doloribus ratione necessitatibus ipsam deserunt ratione qui est ullam laudantium et pariatur exercitationem mollitia ullam incidunt aut.


Sekufu atau di dalam bahasa Arab disebut ‘kafaah’ bererti kesamaan atau kesetaraan. Di dalam urusan perkahwinan, para fuqaha’ berpendapat kafaah ialah sepasang suami isteri hendaknya sama atau setara dalam aspek-aspek tertentu dan jika faktor sama atau setara ini tidak dipenuhi 

berkemungkinan akan menyebabkan ketidakharmonian dalam kehidupan rumah tangga. Pertimbangan kafaah dalam pernikahan disandarkan kepada satu riwayat daripada Ali bin Abi Thalib karramallahu wajhah, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda kepadanya yang bermaksud: “Hai Ali, janganlah engkau mengakhirkan (menunda-nunda) tiga hal: sholat jika telah tiba waktunya, jenazah jika telah hadir (untuk segera diurus dan dikuburkan), dan anak perempuan yang siap menikah jika telah engkau dapatkan yang sekufu dengannya”.

 

Kafaah merupakan antara hak seorang isteri. Seorang wali tidak boleh menikahkan anak perempuannya dengan lelaki yang tidak sekufu dengannya. Kafaah juga merupakan hak seorang wali bermaksud jika seorang perempuan meminta kepada walinya agar dinikahkan dengan lelaki yang tidak sekufu, wali mempunyai hak untuk tidak menunaikan hajat tersebut. Persoalannya, apakah kafaah atau sekufu termasuk di dalam syarat sahnya akad nikah? Pendapat yang paling tepat ialah pendapat sebagian besar ulama, antaranya Imam Malik, Imam as-Syafie dan para ulama Hanafiyah serta Imam Ahmad ibn Hanbal yang mengatakan kafaah tidak termasuk syarat sahnya akad nikah. Alasannya: kafaah merupakan hak bagi seorang wanita dan juga walinya maka kedua-duanya boleh menerimanya malah boleh juga mengenepikannya.

 

Antara dalil yang menjadi sandaran pendapat tersebut ialah firman Allah SWT dalam ayat 13 surah al-Hujurat yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”. Ayat ini menjelaskan bahawa setiap manusia adalah sama sahaja dan yang membezakan antara mereka hanyalah ketaqwaan mereka kepada Allah SWT. Di dalam satu riwayat menceritakan; Aisyah r.anha berkata, “Sesungguhnya Abu Hudzaifah ibn Utbah ibn Rabi’ah telah mengangkat Salim sebagai anaknya (ketika mengangkat anak masih diperbolehkan) kemudian menikahkannya dengan puteri saudara perempuannya, Hindun bint al-Walid ibn Uqbah. Sebelumnya Salim merupakan seorang budak kepada wanita Ansor, lalu dimerdekakan”. – hadis riwayat al-Bukhari.

 

Walaupun kafaah atau sekufu tidak menjadi perkara wajb dan bukan menjadi syarat sahnya akad nikah, kebanyakan masyarakat hari ini amat mengambil berat soal sekufu ini. Masalah halangan keluarga kerana kononnya pilihan si anak tidak sekufu bukanlah cerita baru malah telah berkurun lamanya. Sejak negara tiada kemajuan hinggalah sekarang berbagai bangunan pencakar langit terjulang. Insan yang menilai masalah tidak sekufu ini bukannya calang-calang orang, rata-ratanya berpendidikan. Yang peliknya, jika ditinjau dan diteliti, banyak perkahwinan antara pasangan yang dikatakan tidak sekufu ini, hidup aman dan bahagia. Sebaliknya, kebanyakan perkahwinan yang terhasil daripada pasangan yang dikategorikan sebagai sekufu dan sama darjat pula, berakhir dengan perpisahan.

 

Jika benar suami isteri adalah pasangan sekufu, kenapa perpisahan berlaku? Jika benar suami isteri adalah pasangan sekufu, kenapa rumahtangga masih berantakan, sukar sekali mencapai keharmonian? Persoalannya, apakah pertimbangan kafaah yang sebenarnya dan siapakah yang terikat dengan pertimbangan ini? Ulama perpendapat, kafaah ialah satu penghormatan kepada seorang wanita. Bererti, kaum wanita perlu mempertimbangkan sekufu dalam memilih calon suami. Bertepatan dengan prinsip lelaki atau suami sebagai ketua keluarga, sewajarnyalah lelaki ‘lebih’ atau setanding dengan isterinya. Lantaran itulah, kaum wanita digalakkan memilih lelaki yang setanding atau lebih daripada mereka. Bagi lelaki pula, tak perlu terlalu mengira kedudukan isteri yang jauh lebih rendah daripada mereka kerana di bahu lelaki terpikul tanggungjawab untuk menjaga dan memberikan kesempurnaan hidup kepada wanita (isteri).

 

Di dalam banyak kes, aspek yang menjadi pertimbangan kafaah ialah rupa paras, pendidikan dan harta. Para ulama berpendapat, kafaah adalah dalam hal din atau agama dan nasab. Yang dimaksudkan dengan din atau agama, bukanlah samada seorang Islam atau bukan Islam. Hukum sudah jelas bahawa seorang wanita muslimah tidak boleh berkahwin dengan lelaki bukan Islam. Din atau agama yang dimaksudkan oleh ulama ialah keistiqamahan tadayyun atau berkekalan mengamalkan ajaran Islam iaitu melaksanakan setiap suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Pendapat ini menjelaskan bahawa seorang lelaki yang tidak mempraktikkan Islamnya adalah tidak sekufu dengan wanita yang menjaga segala suruhan dan larangan-Nya.

 

Lantas, kita perlu memahami, apakah maksud sebenar sekufu seperti yang dianjurkan di dalam Islam? Kembali kepada maksud firman Allah yang menyatakan bahawa perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Inilah maksud sekufu yang dikehendaki dan patut serta perlu diamalkan sebenarnya. Pendapat ini berpegang teguh dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakan yang besar.” Lalu Rasulullah SAW mengulangi ayat ini sebanyak tiga kali.

 

Jelas sekali kafaah yang perlu dipertimbangkan bukanlah keturunan, kekayaan, pendidikan dan sebagainya. Hadis ini juga merupakan arahan kepada para wali agar tidak menolak lamaran seorang lelaki yang baik amalan agamanya dan berakhlak mulia semata-mata lebih mengutamakan soal keturunan, pendidikan atau hartanya. Islam telah menetapkan bahawa sesiapa yang mengutamakan ajaran agama akan mendapat keharmonian di dalam hidup. 
 


SUZANA GHAZALI merupakan Perunding Psikologi Keluarga dan Peguam Syarie. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dan sentiasa dijemput oleh media-media penyiaran tempatan seperti TV3,Astro,RTM untuk menjadi panel mengupas isu rumah tangga,perkahwinan dan kekeluargaan.Untuk menghubungi beliau, anda boleh emailkan ke binabahagia@gmail.com ataupun layari Bersama Suzana


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Al Ayubi Catering & Services