13 Inspirasi Kek Kahwin

Oleh Adilah Fatin

Cari inspirasi kek kahwin anda di sini.

#1: Pilihan hiasan ringan dengan taburan bunga mawar atas kek yang dilatari berwarna putih, ringkas dan bercitarasa klasik.

#2: Jika anda kurang gemar mawar, dan inginkan sedikit kelainan, anda boleh hiaskan kek perkahwinan dengan hiasan bungaan fondan daripada jenis bungaan lain.

#3: Mahukan sesuatu yang ringkas dan 'sweet'? Hiasan bungaan mawar dan hydrangea dengan penggunaan beberapa tona warna ungu ini mungkin sesuai untuk anda.

#4: Gabungan hydrangea, carnations dan peonies sangat comel. Pilihan warna boleh disesuaikan dengan tema warna majlis perkahwinan anda.

#5: ... ruffles or roses, why not both?

#6: Cuba sesuatu yang lebih menyerlah dan berani dengan hiasan bungaan yang terang dan megah sebagai titik tarikan.

#7: Anda dan pasangan sukakan warna monokrom? Kek kahwin anda pun boleh turut di-monokrom-kan. Kelihatan moden dan pastinya unik.

#8: Jika hiasan bunga bukanlah sesuatu yang anda sukakan, mungkin anda boleh memilih hiasan minimal bungaan dan melebihkan hiasan latar kek. Hiasan 'scallop' ini antara salah satu idea yang boleh dipertimbangkan.

#9: Anda juga boleh menambahkan nilai perbadi kepada kek perkahwinan dengan menghiasnya dengan 'initial' nama anda dan pasangan.

#11: Bungaan dan buahan segar adalah kombinasi menarik untuk kek perkahwinan tanpa fondan ini.

#12: Jarang anda nampak kek yang berwarna keemasan dengan hiasan 'deep purple' kan? Unik dan menarik.

#13: Atau jika anda mahu sesuatu yang kelihatan 'sweet', kek ini mungkin dapat memberi inspirasi kepada anda.

. . . . . . . . . .

Semua foto: Instagram Gateauxlicious

. . . . . . . . . .


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin