Tips Perkahwinan: Pemilihan Busana Pengantin

Oleh Mya Zulkifli

Pemilihan busana yang baik menjadi keinginan setiap pengantin. Pemilihan baju pengantin perlulah bersesuaian dengan citarasa, harga dan jenis kain yang selesa


Sumber Gambar Hiasan: Ersa-Atelier

Menjadi fokus utama para tetamu untuk menilai ratu dan raja sehari di hari bahagia mereka. Bukan apa, di samping meraikan hari bahagia kedua mempelai, ada juga antara tetamu yang hadir untuk mengambil inspirasi dengan apa yang mereka lihat. Yelah, untuk menjadikan hari bahagia mereka akan datang...

mengikut citarasa, mereka akan menilai secara terperinci dari dekorasi, menu makanan hinggalah pemilihan busana pengantin.

Melalui perbualan admin dengan rakan-rakan, admin ada juga bertanya apa yang selalu mereka tunggu-tunggukan kalau pergi majlis kahwin. Antara jawapan yang admin dapat adalah baju pengantin. Jadi para pengantin di luar sana dengar sini, buatlah keputusan bijak dalam pemilihan busana pengantin anda nanti.

Pertama. Jika persandingan anda dilakukan di dalam dewan/hotel, adalah digalakkan untuk memilih pakaian dari kain satin mahupun lace. Kerana keadaan suhunya sejuk berbanding jika resepsi yang diadakan di kawasan perumahan, tidak terkecuali dewan-dewan serbaguna yang dewannya tidak menyediakan penghawa dingin, dinasihatkan supaya anda berfikir lebih dari sekali jika masih inginkan busana anda diperbuat daripada kain material satin. Boleh kalau mahu, cuma kurang digalakkan. Bukan apa, bayangkan keadaan cuaca yang panas terik, suhu tinggi, dengan keadaan anda perlu ke sana ke mari, dan jenis badan pula cepat berpeluh. Tidak manislah jika para tetamu melihat busana pengantin anda dalam keadaan basah lecun dengan peluh anda sendiri. Ini adalah nasihat, terutamanya kepada bakal ratu sehari. Manakala bagi bakal raja sehari, elakkan pakai pakaian berlapis lapis. Percayalah, bukan macho tapi sesak dan sarat. Penat mata melihat, tapi kami tahu penat lagi anda yang memakainya. Kan?


Sumber Gambar Hiasan: Melinda Looi

Kedua. Pemilihan kain jenis lace. Aliran semasa membuatkan lace menjadi pilihan ramai. Kalau dulu mereka memilih dari kain baldu dan sebagainya. Tapi kini lace menjadi antara yang terpahat didalam hati para pengantin. Nasihat kepada bakal ratu sehari yang berhijab terutamanya untuk berhati-hatilah memilih pemiliham lace. Kerana, pemilihan lace yang salah, akan membuatkan anda tampak bukan manis tapi pelik di atas pelamin. Cuba pakai inner/pakaian dalam yang sesuai. Elakkan memakai tube separuh dan bertudung pula. Cuba cari inner penuh dan dengan lilitan tudung yang betul, percayalah, kejelitaan anda akan lebih terserlah. Pada mereka yang tidak bertudung pula, elakkan memakai tali pakaian dalam yang menonjol. Sebagai contoh, busana lace putih bersama inner tube putih yang sungguh cantik, tapi cacat pemandangannya apabila anda tersalah memilih pakaian 'dalam' anda. Nak kan pula talinya warna merah, eh mengucap tok kadi melihat. Hati-hati!

Terakhir adalah pentingnya pakaian dalam setiap busana yang anda pilih. Hal ini kerana, ada antara pakaian material yang menjadi pilihan agak jarang dan tidak bersesuaian dengan majlis. Cuba fikirkan pakaian dalam seperti kain dalam dan inner yang boleh menutup dari tubuh anda terdedah. Kerana, tutup itukan lebih manis. Biarlah selebihnya untuk si dia sahaja.


Sumber Gambar Hiasan: RizmanRuzaini

Bincanglah dengan pereka busana anda agar tidak terlanggar kemanisan majlis anda. Kerana, silap dari busana anda sekali, sepanjang majlis anda akan rasa tidak selesa. Raikan hari anda dengan ceria dan bebas stress. Semasa 'fitting' busana anda, cuba bincangkan apa yang terbaik dan manis untuk anda. Cuba ubah ketika 'fitting' baju, sebelum semua terlambat. Ingat, hari bahagia itu adalah hari anda, biar anda menjadi Ratu dan Raja-nya.

Anda mampu mengubah mimpi ngeri kepada kemanisan gula gula kapas cinta! Semoga berjaya!


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Mya Zulkifli