Tips Perkahwinan: 4 Tips Pemilihan Cincin Kahwin

Oleh Admin

Cincin adalah satu lambang cinta anda dan pasangan. Ketahui cara-cara memilih cincin yang sesuai dengan anda.

Perkahwinan akan lengkap dengan kehadiran cincin yang tersarung cantik di jari manis sang ratu sehari. Dengan tersarungnya cincin tersebut, maka terjawablah pertanyaan mereka tentang status anda. Itu adalah tanda bahawa anda sudah berpunya. Admin terpanggil untuk memberi tips dalam pemilihan cincin kahwin ini apabila ada kawan admin mengadu pening dalam soal pemilihan cincin ini. Admin hanya tersenyum.

Ada mungkin pembaca di luar sana turut mengalami situasi yang sama dengan kawan admin itu tadi. Pening ya membuat pilihan? Iyalah banyak pula pilihan di luar sana. Cincin emas kuning atau emas putih? Rambang mata lah pula bakal mempelai kita membuat pilihan. Jangan bimbang, admin akan kongsi beberapa tips yang admin pasti dapat membantu kalian membuat pilihan.

Tips pertama untuk menggelakkan tersalah memilih cincin. Antara soalan bermain di minda adalah antara emas putih dan emas kuning. Rata-rata pengantin kini lebih gemar memilih emas putih berbanding emas kuning dengan alasan untuk tampak lebih bergaya dan elegan. Oleh itu bagi memudahkan membuat pilihan, pilih antara satu yang mana yang menjadi pilihan hati untuk anda pakai sepanjang hayat anda? Keselesaan anda untuk menyarungkannya di jari manis anda selamanya.

Tips seterusnya adalah, kesesuaian cincin tersebut dengan fizikal anda. Apa yang perlu anda titikberat di sini adalah warna kulit, size atau bentuk jari anda sama ada runcing, lebar, besar, kurus dan sebagainya. Kerana pemilihan antara emas putih dan emas kuning ini sendiri memainkan peranan yang harus anda sesuaikan dengan ciri fizikal anda. Untuk emas putih, ia adalah neutral iaitu membawa makna sesuai dengan semua orang. Sama ada yang berkulit putih atau sebaliknya. Manakala untuk emas kuning pula, lebih tampak menarik dan cantik disarung pada mereka yang berkulit putih.

Tapi jangan kan pula terlalu mengikut tips yang kedua ini sehinggakan anda takut untuk mencubanya. Sarungkan di jari pasangan anda, bincangkan tentang kesesuaian cincin tersebut di mata anda. Manakala untuk sang gadis pula, luahkan pendapat anda. Kerana perbincangan antara dua pihak amat penting bagi mengelakkan ketidak puas hatian terjadi satu hari nanti.

Tips seterusnya pula adalah sesuaikan cincin dengan aktiviti atau pekerjaan anda. Jangankan terlalu memilih cantiknya cincin, sehinggakan anda lupa akan pekerjaan atau aktiviti anda. Sebagai contoh, anda berkhidmat sebagai seorang chef. Mustahil untuk anda memakai cincin yang bertatah batu berlian yang besar mewah. Jadi buatlah pilihan yang bijak!

Tips terakhir adalah tips yang paling penting yang harus dititikberatkan oleh pasangan di luar sana. Iaitu budget. Pada awal pemilihan cincin, jangan terus membuat pilihan dengan terus membeli. Sebaliknya cuba lah bandingkan harga terlebih dahulu. Dinasihatkan agar anda lakukannya enam bulan awal, supaya anda lebih sedia. Bincangkan dengan pasangan design mereka gemari dan tuliskan budget yang anda tetapkan untuk membeli cincin. Jangan pula dengan hanya membeli cincin, anda sampai tidak makan. Jadilah pasangan yang bijak dalam membuat pilhan.

Ini adalah tips yang boleh admin kongsikan bersama pembaca tersayang. Admin harap agar pembaca sekalian dapat manfaat dan boleh aplikasikan tips-tips ini dalam pemilihan cincin bersama pasangan.

Manisnya cincin tersarung di jari,

Cincin dibeli sang pujaan hati,

Tips diberi penyenang diri,

Agar tidak merasa beban di hati.

Semoga berjaya!


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Admin