Vendor Pilihan: Rakam Detik Penuh Bersejarah Anda Dengan Tupai Tv

Oleh Mya Zulkifli

Hari bersejarah anda perlulah dirakamkan dengan penuh bermakna dengan memilih khidmat fotografi yang hebat. Tupaitv mampu memberikan rakaman yang terbaik unda

Kalau dulu kita lebih cenderung untuk hanya gunakan kamera biasa untuk merakam saat-saat bahagia terutamanya saat kita diijabkabulkan. Kamera dulu gunakan Kodak. Bukan kita boleh nak lihat kembali gambar melainkan pergi cuci di kedai. Gambar kahwin pula, minta saudara-mara yang tangkapkan.


Kenalkan Abang-abang Pro yang akan menukarkan majlis anda dari sebuah majlis yang biasa ke majlis yang MAGICAL.

Tetapi, zaman millennium kini entah mana sudah kamera yang menggunakan Kodak. Mati ditelan dek zaman. Kita lebih cenderung memilih kamera yang mempunyai fungsi yang pelbagai atau kata lain DSLR. Dan kerana kecanggihan kamera, ramai yang berminat belajar cara menggunakannya dan ada juga yang langsung memilih menjadikannya kerjaya. Kerjaya mengambil upah dengan hasil tangkapan gambar kini sudah begitu sinonim dengan kita.

Photographer atau videographer kini bak cendawan tumbuh selepas hujan! Terlalu banyak yang menawarkan khidmat mereka untuk anda gunakan bagi merakam detik manis dan terindah di hari bahagia. Kenapa perlu hanya rakam gambar jika anda boleh rakamkan saat indah anda di dalam video?

Zulfadzli & Yuhana


Tupai TV.

Kenapa Tupai TV?

Ditubuhkan pada tahun 2010, kini sudah hampir 4 tahun berada di dalam dunia foto. Tupai TV merupakan studio videografi maya yang menyediakan rangkaian servis videografi pada harga yang berpatutan. Dengan menggunakan tagline “Kini semua orang mampu mendapatkan perkhidmatan videografi" anda tidak akan dibebankan dengan harga yang tinggi untuk mendapatkan khidmat mereka.

Mesti pembaca tertanya kenapa mereka menamakan diri mereka sebagai Tupai TV, ini kerana tupai kedengaran comel, secomel pemilik dan krew-krew hebat mereka ini! Selain itu, tupai juga kita tahu dengan kelincahan dan kepintarannya, jadi semua ciri itu mewakili team Tupai TV ini. Lincah dan pintar dalam mendapatkan shoot menarik untuk pelanggan yang mereka kasihi agar hasilnya cantik dan terbaik!

Dikendalikan oleh tiga jejaka iaitu Firdaus, Mijie dan Mior, mereka adalah kepala yang akan melahirkan karya videografi yang berkualiti dan memenuhi citarasa anda. Di samping dibantu oleh beberapa krew tambahan yang berperanan merealisasikan konsep video idaman anda!


Team Tupai.Tv akan pastikan setiap saat rakaman video anda dipenuhi gelak tawa.

Tupai TV menyediakan pakej yang sungguh menarik dan mampu menarik minat sesiapa sahaja yang melihat. Jangan risau, mereka ini bukan sahaja tertumpu pada anda yang ingin dapatkan khidmat videographer perkahwinan, tetapi mereka juga boleh merakam saat indah hidup anda yang lain. Seperti muzik video, video korporat, akikah/cukur jambut serta untuk rakaman video maternity & newborn babies. Pendek kata, semua boleh lah!

Hebat kan?

Anda boleh lihat hasil kerja mereka di page ikahwin TupaiTV. Anda boleh dapatkan bukan sahaja hasil kerja menarik mereka, bahkan juga anda boleh lihat sendiri pakej harga yang sungguh luar biasa yang ditawarkan oleh Tupai TV

Kepada mereka yang tinggal di kawasan Kuala Lumpur, Perak.Berita baik kerana anda tidak perlu risau lagi dengan videographer kerana anda boleh dapatkan khidmat Tupai TV untuk merakam saat indah anda.

Apa tunggu lagi?

Video yang cantik, alatan digunakan pula terkini, paling penting harga yang berpatutan!

Dapatkan hanya dengan TupaiTV


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Mya Zulkifli