Vendor Pilihan: Tidak Perlu Bayar Lebih Untuk Menu Kenduri Kahwin Dengan Katering Sabmi

Oleh Azmierul Che Mat

Katering Sabmi menyediakan perkhidmatan katering yang memberi kepuasan kepada tetamu dengan bajet yang berpatutan.

Gambar oleh: Amir Jusni Fine Art Wedding

Berita baik kepada anda yang tinggal di sekitar Kedah dan Perlis mahupun Pulau Pinang. Kini anda tidak perlu lagi fikir susah susah catering mana nak pilih. Kerana kini jawapannya adalah Katering Sabmi. Tapi mengapa Katering Sabmi?

Mari sini rapat rapat semua, admin nak kongsi sikit kenapa anda perlu pilih Katering Sabmi ni. Tujuan admin tulis artikel ni pun disebabkan admin diberitahu Katering Sabmi ni bukan sahaja menawarkan harga yang masha'Allah murah… malah siap beri hidangan pengantin PERCUMA! Mari sambung baca. Admin diberitahu bahawa Katering Sabmi ini sudah beroperasi lebih sepuluh tahun. Anda bayangkan, jika sudah lama bertapak di dalam arena catering ini, pastinya kerana keenakkan dan servis yang amat bagus. Kalau tidak, mustahil boleh bertahan lama kan?

Pemiliknya yang amat menitik berat mengenai kekemasan, kebersihan dan kepuasan hati pelanggan ini berkongsi dengan admin tentang menu istimewa yang sering mendapat sambutan pelanggan mereka iaitu Acar Bawang. Bagi anda yang pernah merasa resepi ini pastinya memahami kesedapan dan mengapa menu ini menjadi sambutan. Katanya bahawa kelebihan menu ini adalah lahirnya dari negara India. Yum yum! Pasti sedap makan dengan nasi minyak/hujan panas kan?

Selain kerana menu istimewa ini, sebab lain kenapa anda harus memilih Katering Sabmi adalah macam Admin kata tadi harganya yang sangat berbaloi baloi. Dengan servis yang ditawarkan, dan keenakan makanan, pasti anda akan berpuas hati dengan tawaran harga!
Okay anda bayangkan mana nak dapat catering yang kenakan RM 5.70 sekepala?

Dan jangan bimbang kerana harga semuanya sudah termasuk dengan pinggan mangkuk, kerusi/alas meja, khemah dan pekerja!

Untuk menu pula, pelbagai menu enak ditawarkan. Kepada anda yang mempunyai cadangan sendiri, anda juga boleh meluahkan serta berbincang dengan pihak Katering Sabmi kerana mereka sangat mementingkan kepuasan hati pelanggan tersayang!

Paling menarik mengenai Katering Sabmi ini, anda tidak perlu lagi rungsing mengenai hidangan untuk pengantin kerana mereka akan sediakan secara PERCUMA untuk pengantin/VIP seramai 20 orang. Sudahlah sedap, diberi pula penyediaan makanan pengantin/VIP percuma. Memang berbaloi!

Walaupun tempat majlis anda mungkin jauh dengan kawasan rasmi mereka, tetapi tiada caj pengangkutan dikenakan. Baik sungguh Katering Sabmi ini kan?

Apa lagi tunggu!

Call sekarang di talian 012-4617854 (Encik Altab)

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati Katering Sabmi di iKahwin.my

More Photos >>
Gambar oleh: Amir Jusni Fine Art Wedding


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Azmierul Che Mat