Tips Perkahwinan: 4 Tips Bertemu Bakal Bapa Mertua

Oleh Azmierul Che Mat

Ketahui tips-tips untuk bertemu bakal bapa mertua. Ini bertujuan membantu bakal pengantin lelaki membuat persediaan yang lengkap sewaktu bertemu bapa mertua.

Ibu mahupun bapa, bukan senang tau nak pikat hati. Walaupun lelaki kita lebih ketahui mereka bukan seorang yang emosi tapi masih ada yang tersirat di dalam hati bakal menantu yang ingin dipilih. Tips ini mungkin lebih berguna pada mereka yang ingin menyunting bunga di taman. Tapi tak salah untuk bunga di luar sana untuk mempelajari tips ini. Siapa tahu anda juga boleh amalkan?

Tips 1 : Berpakaian sopan

Ingat! Jangan lah terbawa-bawa fesyen rock mahupun hiphop anda. Jika berjumpa orang tua, untuk kali pertama pula, pastikan anda berpakaian sopan. Pakailah pakaian yang sejuk mata memandang. Untuk lelaki, anda boleh memakai baju kemeja dan jeans sopan. Elakkan memakai tshirt tanpa lengan atau jeans koyak. Manakala untuk perempuan, anda pakailah sesuatu yang manis dipandang. Elakkan memakai mini skirt dan pakaian yang boleh mendatangkan fitnah. Terkejut pak mentua anda nanti

Tips 2 : Selidik tentang minat bakal bapa mertua anda

Bimbang pula perbualan anda menjadi diam membisu, apa kata jika anda selidik dengan anak mereka mengenai minat bapa mereka. Walaupun anda tidak minat dengan topic tersebut, lupakan seketika. Contohnya jika bakal bapa mentua anda meminati kumpulan bola Arsenal manakala anda pula minat Liverpool, hey jangan pula anda hentam terus minat bapa mentua anda. Cuba ceriakan perbualan anda.

Tips 3 : Hari yang sesuai

Untuk berjumpa dengan mereka, pastikan anda tetapkan hari yang sesuai. Mungkin anda boleh set kan makan malam bersama. Cuba elakkan untuk gunakan hari minggu kerana itu adalah hari mereka berehat. Dan juga elakkan untuk jumpa pada hari kenduri, hari raya. Bukan apa, cuba bayangkan sedang anda 'ditemuduga' tiba tiba datang pula saudara mara yang lain, kan dah lain jadinya. Jadi ingat ya?

Tips 4 : Jawapan yang matang

Jika ditanya, jangan lah pula anda berikan jawapan yang menampakkan kebodohan sendiri. Paling utama untuk tidak cakap besar dan bangga diri di hadapan mereka. Percaya lah, kerana tiada siapa suka orang yang cakap besar. Berikan jawapan yang matang. Walaupun anda gugup, cuba untuk tenang dan jawab perlahan-lahan.

Jangan terlalu mencuba atau berlakon menjadi orang lain. Kerana anda ingin ikat tali persaudaraan selamanya dengan mereka. Cuba jadi diri anda sendiri dan senyum! Kalau muka masam, pak mentua pun bosan tengok. Ingat tau!

Baca Artikel Berkaitan:
Tips Perkahwinan: Cara-cara Memikat Hati Bakal Ibu Mertua >>
Tips Perkahwinan: 3 Tips Yakinkan Keluarga Jika Ingin Kahwin Muda >>
Did You Know? : Kenapa Perempuan Kena Tahu Memasak >>


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Azmierul Che Mat