Tips Perkahwinan: 7 Tips Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

Oleh Azmierul Che Mat

Ketahui rahsia menghilangkan lingkaran gelap bawah mata bagi bakal pengantin menjelang perkahwinan.

Admin tahu dalam mengecapi hari bersejarah anda bertukar status cik kepada puan mesti 1001 persediaan dilakukan. Maka dengan itu pun bermula lah hari hari tanpa tidur yang cukup. Ayat yang sering mereka gunakan kini adalah “I got famous designer bag under my eyes" atau “Panda eyes"

Ouch! Mendalam sungguh kata-kata kan?

Apakah perasaan anda jika tiba-tiba rakan anda menegur

“Eh, kenapa nampak muram je? Mata pun sembab lebam je. Tak happy ke nak kahwin?"

Siapa tak terkejut apabila ditanya begitu. Mata tak bermaya. Kusam. Lesu. Sedih bukan?

Admin percaya pembaca blog Ikahwin ini bukan sahaja mereka yang ingin menempuhi alam perkahwinan, malahan ada juga anda yang masih belajar, bekerja. Jadi, ayuh! Admin kongsikan 7 tips untuk mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.

Tips 1 : Amalkan minum air suam selalu

Pastikan anda jadikan amalan minum air suam setiap hari. Elakkan pengambilan ais. Untuk permulaan bagi anda yang kurang menggemari air putih, anda boleh cuba minum 4 gelas sehari, selang 2 jam satu gelas. Kemudian, gandakan 8 gelas setiap hari. Akan datang admin akan kongsikan rahsia air putih ini. Untuk kes eyebag ini, minum air suam boleh membantu dalam pembuangan toksik dan membantu untuk mengurangkan kandungan toksik kotor di bawah mata.

Tips 2 : Timun dan Tomato sebagai eyemask

Admin rasa mesti ramai pembaca jelita di luar sana tahu khasiat timun dan tomato ini. Jadi apa lagi? Daripada anda buang lebihan tomato dan timun, baik anda gunakan untuk kecantikan. Hiriskan halus dan tekapkan di mata semalaman atau 30 minit. Anda boleh memilih untuk menggunakan timun atau tomato kerana kedua ini membantu untuk mencerahkan serta memberi kesegaran mata anda yang lesu.

Tips 3 : Hijau kehijauan

Tahukah anda jika anda luangkan terlalu lama di hadapan komputer, tv atau laptop juga cenderung untuk anda mendapat lingkaran bawah mata ini? Ha selain lesu dan penat, paling membimbangkan adalah lingkaran bawah mata ini. Tapi kalau dah memang kerja hari hari mengadap komputer, bagaimana? Penyelesaiannya adalah dengan melihat atau mengalihkan permandangan anda pada sesuatu yang berkonsepkan kehijauan. Kenapa? Kerana oxygen dan ketenangan membantu mata anda berehat. Ambil masa rehat 10-15 minit sebelum kembali melakukan tugas anda. Amalkan setiap 30 minit mengadap komputet, tv, alihkan pandangan anda. Beli lah pokok kecil letak di meja office anda. Eh jangan pula beli pokok plastic tau!

Tips 4 : Tidur yang secukupnya

Apabila tidur cukup, bukan sahaja mata sihat, tubuh badan luaran dalaman semuanya akan sihat! Percayalah

Tips 5 : Eye roller atau eye cream

Banyak cream mata jual di pasaran. Rujuk dengan pakar, belilah eye cream atau eye roller. Amalkan pakai setiap pagi petang dan juga selepas tidur. Jika anda perasan, kulit sekitar mata amatlah nipis, jadi ambil masa untuk merawat nya. Paling utama adalah SABAR.

Tips 6 : Uncang teh sebagai penyejuk mata

Jangan terus buang uncang teh itu, sebaliknya gunakan ia untuk penyejuk mata anda. Ingin admin ingatkan ada supaya jangan pula anda guna uncang teh yang anda telah campurkan gula atau susu. Karang dihurung semut pula. Letak di bahagian mata selama 30 minit dan bilas dengan air suam. Pasti anda rasa segar!

Tips 7 : Jangan minum air 1-2 jam sebelum tidur

Walaupun minum air bagus, tetapi dinasihatkan supaya anda tidak minum 1-2 jam sebelum tidur bagi mengelakkan lingkaran bawah mata ini. Kerana ia akan menyebabkan penyimpanan air di bahagian bawah mata anda itu. Elakkan ya?

Jadi inilah yang admin boleh kongsikan dengan pembaca tersayang. Diharap tips ini berguna untuk anda semua amalkan. Bukan tertumpu sahaja pada mereka yang mengejar hari bahagia, tapi juga untuk anda yang sibuk belajar, penat berjaga lewat malam study/jaga anak/kerja. Kunci paling utama adalah

“Kurangkan rungutan, tingkatkan usaha!" Tapi ingin admin tekankan di sini, jika anda sudah dilahirkan begitu, jalan penyelesaian mungkin dengan melakukan laser. Tapi jangan risau, semua dilahirkan cantik sempurna. Banggalah dengan diri anda!

Semoga Berjaya!

Baca Petua Lain:
D.I.Y Saturday: Cara Memutihkan Gigi >>
Tips Perkahwinan: 9 Petua Naikkan Seri Wajah Untuk Bakal Pengantin >>


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Azmierul Che Mat