Tips Perkahwinan: Panduan Mengadakan Majlis Perkahwinan Mengikut Lokasi

Oleh Mya Zulkifli

Ketahui perkongsikan tips bagaimana memilih lokasi majlis perkhawinan sebelum menetapkan apa-apa perkara dahulu.

Bagi admin, lokasi terletak di tangga teratas dalam penyediaan terawal menjelang hari bahagia. Ini kerana terdapat majlis yang bergantung hanya pada tarikh yang kosong yang membolehkan mereka menggunakan dewan dan sebagainya. Jadi sebelum tarikh, adalah utama untuk menentukan terlebih dahulu lokasi majlis.

Admin berharap agar bakal mempelai di luar sana tidak mengambil ringan mengenai lokasi majlis ini. Di sini admin ingin kongsikan dengan pembaca tersayang antara lokasi yang popular untuk majlis perkahwinan dan juga panduan yang perlu anda ambil berat dan peka mengenainya.

1) Rumah

Seperti yang sudah kita sedia maklum, rata-rata masih ramai yang memilih untuk mengadakan majlis mereka hanya di kediaman. Ini kerana mudah dan lebih menjimatkan kos. Kos yang boleh mereka gunakan untuk persediaan lain. Rumah antara lokasi popular yang dipilih oleh pengantin, tetapi haruslah diingat bahawa ada panduan yang perlu anda ikuti. Antaranya adalah bagi aturcara aktiviti majlis. Kebanyakkan mereka gemar mengadakan sesi karaoke malam sebelum majlis atau malam majlis. Ingin admin ingatkkan bahawa hidup kita berjiran, haruslah terlebih dahulu anda minta kebenaran mereka. Jangan pula anda lebih fikirkan keseronokkan anda, dilupakan terus privasi jiran-jiran anda, sehingga mengganggu masa rehat mereka. Bagi anda yang ingin menutup jalan kawasan rumah/lorong kediaman anda, jangan lah terlalu pentingkan diri dengan lakukan semua sendiri, sebaliknya berbincang lah terlebih dahulu serta mendapat kebenaran pihak berkenaan. Bukan apa, jika kita berbudi, insyaAllah dengan izin Dia, mereka yang membantu akan mendoakan perjalanan majlis kita berjalan lancar.

2. Dewan

Ada yang memilih untuk mengadakan majlis di dewan kerana lebih luas dan selesa. Mudah untuk tetamu hadirin. Tapi di sini, anda (bakal pengantin) haruslah menitikberat mengenai susunan meja dan sebagainya. Pastikan anda rancang rapi persediaan jangankan pula sehari sebelum majlis, masih ada yang tidak cukup.

3. Hotel

Bagi mereka yang mempunyai bajet lebih, mereka lebih cenderung untuk melakukan majlis di hotel. Dewan dan hotel berada di dalam carta lokasi yang di mana di samping rumah, pengantin cenderung memilih dewan dan hotel sebagai lokasi. Antara jawapan yang diberikan jika admin tanyakan mengapa mereka memilih hotel adalah untuk nampak mewah dan serba serbi disiapkan oleh pihak hotel, ditambah pula sejuk (penghawa dingin) tetamu pun gembira. Tetapi di sini ada kekangannya juga, di mana tetamu jemputan adalah terhad dan mereka mempunyai tema yang tertentu. Di sini, bakal pengantin haruslah menyenaraikan senarai jemputan dan senarai pendekkan tetamu yang benar-benar di dalam list jemputan anda. Ini kerana dewan hotel tidak mampu untuk menampung bilangan tetamu yang ramai.

4. Taman

Admin lihat, kini banyak pasangan yang memilih untuk melakukan di taman. Dengan tema “Garden Wedding", selalunya mereka lakukan sebelah petang untuk mendapatkan angin yang menghembus bayu. Konsep ini lebih menampakkan gaya santai dan terbuka. Tetapi selalunya, jemputan hanya terdiri kalangan keluarga terdekat. Jika lokasi taman ini menjadi pilihan anda, harus diingatkan bahawa kita tidak dapat menjangka cuaca. Risiko cuaca yang tidak menentu boleh membuatkan majlis anda berjaya dengan senyuman mahupun sedih dengan tangisan. Di sini, admin nasihatkan agai pasangan di luar sana senantiasa mempunyai rancangan B. Bincangkanlah dengan pasangan mengenai risiko yang anda mungkin hadapi dan apakah rancangan anda untuk menangani risiko yang bakal mendatang.

5. Masjid atau surau

Selalunya mereka menjadikan masjid atau surau ini sebagai lokasi akad nikah. Jarang kita lihat mereka mengadakan majlis perkahwinan/persandingan di tempat suci ini. Walaupun mudah, kerana boleh bergotong-royong menyediakan persiapan hari bahagia, tetapi harus pasangan di luar sana peka. Kerana banyak perkara yang harus diambil berat dan dijaga ketika berada di rumah Allah SWT ini. Sepeti aurat, pergaulan, acara dan juga kebersihan. Pastikan juga aturcara anda tidak mengganggu waktu solat dan jemaah lain yang datang untuk solat. Admin sarankan anda untuk terlebih dahulu mendapatkan kebenaran dari pihak berkenaan sebelum melakukan majlis.

Baca Artikel Berkaitan:
Tips Perkahwinan: Persiapan Perkahwinan >>


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Mya Zulkifli