Tips Perkahwinan: 7 Cara Hilangkan Bau Badan

Oleh Admin

Pelbagai cara boleh diamalkan untuk menghalang badan dari berbau. Jangan berhenti mencuba. Ingat tiada siapa suka jika badan anda berbau!

Dalam article lepas, admin ceritakan tentang apa penyebab bau badan. Jadi kali ini admin ingin membantu pembaca tersayang untuk menyelesaikan serta membuang jauh bau badan tersebut! Cara-cara nya mudah. Mungkin ada antara pembaca dah pun tahu, tetapi jom baca! Mana tahu jika boleh tambah lagi ilmu anda. Kan?

Daun sireh
Ambil 20 helai daun sireh dan rebuskan dengan air sebanyak 1liter. Gunakan air rebusan tersebut untuk mandi di pagi hari. Amalkan selalu untuk hasil yang berkesan.

Timun
Hiriskan timun dan gosokkan di ketiak anda. Amalkan setiap kali selepas mandi. insyaAllah, anda akan nampak kesannya nanti.

Petai
Tahukan anda bahawa petai boleh menghilangkan bau badan? Walaupun petai berbau, tetapi hakikatnya ia boleh membuang bau badan yang menusuk kuat.

Kebersihan diri
Cuba untuk mandi sekerap mungkin menggunakan mandian yang sesuai dengan badan. Lebihkan cucian badan di semua bahagian pelipatan untuk membersihkan daki dan membuang bakteria.

Minyak wangi
Cuba untuk jadikan amalan membawa ke mana sahaja minyak wangi atau body spray/mist yang wangi baunya atau bau yang menyegarkan. Setiap kali anda terasa peluh membasahi badan dan mula ada bau yang kurang menyenangkan, semburkan sentuhan wangian, supaya bau tersebut boleh hilang sedikit.

Limau purut
Amalkan gosok di ketiak atau bahagian lipatan badan seterusnya jangan dibuang. Rendamkan di dalam air mandian dan mandi dengan air tersebut. insyaAllah bau badan anda akan hilang.

Fabric kain
Sebenarnya pemilihan fabric dan kegunaannya memainkan peranan. Kerana ada yang sensitive terhadap sesetengan fabric di mana fabric tersebut mendorong bau badan. Jadi pilih fabric yang sesuai dengan badan.

Pelbagai cara boleh diamalkan untuk menghalang badan dari berbau. Jangan berhenti mencuba. Ingat tiada siapa suka jika badan anda berbau!


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Admin