Rahsia Dapur: Resipi Mudah Pikat Hati Mertua

Oleh Azmierul Che Mat

Selain dari tata tertib dan cara pemakaian kita, ketahui resepi dapur mudah bagi menambat hati mertua.

Hasil perbincangan admin dengan sahabat tempoh hari, ada yang meluahkan keluhan di mana rasa sukar untuk memikat hati bakal ibu mentuanya. Walaupun hubungan mereka masih di tahap 'bulan madu' atau tempoh awal perkenalan, tetapi ingin la dapatkan cepat hati ibu si kekasih tercinta. Tapi sering kali mendapat kritik pedas. Sedihnya diluahkan apabila ibu kekasihnya itu bertanya dan luahkan kata seperti

'pandai ke awak masak? Si A dulu pandai masak'

'em teringin pulak makan kuih ketayap!'

'susah betul nak cari pavlova sedap, rata-rata manis la, masam la. Hm auntie teringin sangat'

Kita dengar pun mesti rasa serba salah. Kan? Nak pulak kekangan masa kerana masih belajar, duit pun nak kena catu. Jadi admin nak kongsi idea sikit. Di samping admin nak kongsi recipe yang mudah untuk anda semua buat. Pikat hati mentua sama seperti pikat hati suami. Cuba pikat perut mereka.

Jadi hasil perbincangan kami, admin cadangankan kawan admin luangkan masa memasak makanan/juadah simple untuk diberikan kepada keluarga sang arjuna pujaan.

Bukan apa, masih ramai mencadangkan beli sahaja di kedai. Senang! Jimat masa, tapi apa salah sekali sekala anda lahirkan kreativiti di dalam masakan.

Eh jangan la pula anda berhempas pulas masak nasi ayam pulak! Juadah pemanis mulut je.

Jadi untuk post kali ini, admin nak kongsikan dua juadah paling mudah yang admin boleh jamin anda boleh ikat selera bakal mertua anda


Gambar Hiasan Oleh: Design Bake Run

Cinta Cream Puff

Bahan – bahannya

½ cawan butter (125g)

1 cawan air (250ml)

1 cawan tepung gandum (150g)

Garam (secubit)

4 biji telur

1 sudu kecil esen vanilla

Cara – cara

1) cairkan butter atas api dan selepas butter cair, masukkan gandum yang diayak tadi

2) kacau sebatikan supaya menjadi doh

3) pecahkan telur satu per satu dan pukul

4) masukkan esen vanilla

5) betukkan di dalam Loyang yang telah dialas dengan aluminium foil yang sudah disapu butter (digalakkan anda untuk bentukkan acuan menggunakan piping bag dan nozzle) kalau manual boleh guna sudu je pun. Ikut kreativiti

6) Bakar dalam oven dengan suhu 200C selama 25 minit (warna perang-perang)

Tak lengkap cream puff tanpa custard! Bagi bakal ibu mentua senyum lebar, penuhkan rasa kasih di dalam acuan custard anda

Bahan – bahan

2 sudu besar tepung jagung

2 sudu besar tepung custard

1 ½ cawan fresh milk

2 biji telur

1 sudu kecil esen vanilla

3 sudu besar gula (terpulang)

Cara – cara

1) campurkan semua dan masak di dalam periuk dengan api yang perlahan. Sehingga sebati.

2) potong cream puff anda tadi kepada dua bahagian dan letak custard di tengah!

3) siap! Jom pergi rumah bakal mak mertua!


Gambar Hiasan Oleh: icookumakan.blogspot

Milo Jelly

Bahan – bahannya

Sepeket agar-agar

1 cawan Milo

1 cawan air panas

Susu pekat cukup rasa

Cara – caranya

1) Cairkan agar agar

2) Bancuhkan milo

3) Gaulkan sekali dengan agar-agar tadi

4) Siap! Letakkan di dalam bekas yang comel comel yang boleh menarik rasa minat sesiapa yang makan

Kenapa admin pilih juadah Jelly Milo dan Cinta Cream Puff kerana pandangan admin, ini adalah resepi yang mudah dan tidak memerlukan anda mengeluarkan kos belanja yang tinggi. Masa untuk sediakan nya juga singkat. Mungkin jika anda rungsing dah last minute dan ibu tunang/bf anda tidak gemar makanan yang dibeli, anda boleh gunakan resepi ini untuk bekalan jumpa keluarga bf/tunang anda.

Selamat mencuba!

Baca Cara Lain Memikat Hati Mertua:

iKahwin.my - Tips Perkahwinan: Cara-cara memikat hati bakal ibu mertua >>
iKahwin.my - Tips Perkahwinan: 4 Tips Bertemu Bakal Bapa Mertua >>


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Azmierul Che Mat