Tahukah anda: Proses Perkahwinan (Peminangan dan Pertunangan)

Oleh Ezzah Mahmudah

Pelajari tips-tips mengenai peminangan dan pertunangan yang selalu diadakan di Malaysia.

Sumber gambar : amirretak

Kali ini admin ingin kongsikan bersama pembaca tersayang mengenai proses-proses perkahwinan. Untuk kali ini, admin lebih memberi fokus utama kepada dua proses iaitu peminangan dan juga pertunangan. Turut admin sertakan mengenai persediaan perkahwinan dan juga hikmah perkahwinan itu sendiri. Selamat membaca!


1) PEMINANGAN


Untuk saling mengenali pasangan . Tidak boleh meminang tunangan orang atau yang dalam iddah rajii' (yang masih boleh dirujuk bekas suami) .

Sabda Rasullullah s. a.w : "Rasullullah s.a.w melarang seorang lelaki meminang di atas peminangan saudaranya yang lain , sehinggalah peminangan yang pertama membatalkan pinangannya atau mengizinkannya (untuk meinang sama)."Riwayat Ahmad.

Syarah sah peminangan

- wanita itu tidak berada dalam keadaan terlarang untuk dinikahi secara syariat serta mampu dan layak melakukan akad. Bukan muhram sementara , bukan muhram selama-lamanya , bukan dalam idah tala' rajii

- wanita itu belum terima lamaran orang lain (kalau berkahwin juga , terjadi juga , ia seakan memotong peluang orang lain ) . Mempu menimbulkan permusuhan .

2) PERTUNANGAN


Tempoh untuk saling mengenali dan menimba ilmu tentang perkahwinan , tidak dibenarkan bergaul mesra .

Adab Pergaulan Ketika Bertunang

- Benarkan lelaki lihat wnaita kerana:
- Mengenalinya dengan lebih jelas
- Mengetahui tahap pergaulan agamanya
- Tahap pemikiran dan emosinya
- Hal2 peribadi namun ada had

Batas: tidak boleh bersentuhan , pertemuan yang sopan, pertemuan itu ditemani muhram, tidak kerap

persiapan pertunangan

NAFKAH
Terpulang pada kemampuan suami dan dipersetujui bersama. Terutama makanan, pakaian dan tempat tinggal perlu dipenuhi .

NUSYUZ
Elak jadi isteri derhaka.
- Tidak boleh keluar tanpa izin suami
-Isteri yang tolak ajakan suami ke tempat tidur
-Isteri yang ingkar arahan suami yang tidak bercanggah agama
-Isteri yang kasar, kurang ajar dan melayan suami dengan tidak baik


EMPAT PERSEDIAAN UNTUK BERKAHWIN

ILMU

AMALAN

EKONOMI

KESIHATAN


HIKMAH PERKAHWINAN


-Menyahut seruan fitrah

-Sunah para nabi dan rasul

-Mewujudkan perasaan tenang dan tenteram kerana ada keselamatan dan ketenangan

-Memelihara iman (penghalang maksiat)

-Mengikis rasa bimbang akan rezeki

-Mengembangkan keturunan

-Mewujudkan displin - ada peraturan dan fitrahnya, terutama jika ada nak-anak. Sarung cincin jadi haram apabila ada kepercayaan lain mengikut Sunah yang sering dilakukan setelah aqad nikah

- meletakkan tangan kepala isteri lalu berdoa - ALLAH , aku memohon kebaikkannya dan segala kebaikan segala yang engkau ciptakan pada dirinya

-melakukan solat sunat dua rakaat berjemaah , suami isteri

- khutbah akad

-para hadirin membaca doa untuk pengantin

-bernikah pada hari jumaat

-mengumunkan berita mengenai majlis perkahwinan

- mengadakan kenduri perkahwinan (walimah)

Daripada Aisyah r.ha telah bersabda Rasullullah s.a.w m madhumnya , 'Berkahwinlah kamu kerana perempuan itu juga boleh menolong kamu mencari harta atau boleh menolong kamu menjimatkan harta ," (Riwayat Imam al-Bazzar)


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Ezzah Mahmudah