Tips Perkahwinan : Panduan Akad Nikah di Masjid

Oleh Mya Zulkifli

Pelajari cara akad nikah untuk bakal raja dan ratu sehari bagi melangsungkan pernikahan di masjid.

Sumber gambar : udeyismail

Admin percaya ramai sudah memahami apa itu akad nikah. Cuma kali ini admin ingin kongsikan bersama pembaca tersayang mengenai proses yang terlibat di dalam akad nikah itu sendiri. Tidak dilupakan juga panduan untuk proses bernikah di dalam masjid dan cara untuk melaksanakan sujud syukur.

PROSES AKAD NIKAH


Secara asasnya perempuan tidak perlu berada dalam majlis itu pun tidak mengapa, cukup sekadar ada 4 orang lelaki :

- Bakal suami atau wakilnya

- Bapa pengantin perempuan atau wakilnya

- Saksi lelaki pertama

- Saksi lelaki kedua

Bapa pengantin akan ucapkan ijab , 'aku akan nikahkan anakku xxxx binti zzzz "
kemudian bakal suami menjawab, 'saya terima nikahnya' atau lain2 sighah yang boleh difahamkan tanda setuju, maka pernikahan sah disisi syarak.

Sesiapa yang haid/uzur boleh berada di kawasan yang di luar atau bukan kawasan larangan di masjid

Sumber gambar : udeyismail

Untuk akad nikah, ramai yang memilih untuk dilakukan di masjid pada asalnya berbanding di rumah. Tidak terkecuali ada juga yang lakukan di dewan hotel. Terpulang pada individu. Tahukah anda, jika akad nikah terdapat beberapa kaedah atau cara dan juga panduan yang harus anda ikuti? Kalau anda masih samar-samar, apa kata baca apa yang admin cuba kongsikan bersama ini.


NASIHAT DAN PANDUAN AKAD NIKAH DI MASJID

- Berpakaian menutup aurat dengan sempurna khususnya kepada wanita

- Niat iktikaf di dalam masjid

- Menghormati jemaah lain yang sedang beribadah di dalam masjid

- Mulakan dengan solat Tahiyatul Masjid dan solat sunat yang berkaitan

- Tidak bercampur gaul bebas lelaki dan perempuan

- Jika pengantin perempuan haid, tak dapat hadir ke masjid, wali boleh jemput jurunikah ke rumah terlebih dahuliu untuk proses wali meminta izin dan menyerahkan wakilnya kepada jurunikah.

- Pengantin perempuan yang haid boleh hadir ke masjid namun dinasihati tidak masuk ke dewan solat

- Barang-barang akad nikah boleh diserahkan selepas akad nikah di rumah pengantin perempuan

- Jika boleh, mas kahwin saja di bawa ke masjid dan ia boleh dilakukan di rumah pengantin perempuan.

- Jangan bergambar dan berposing secara melampau dimasjid


KAEDAH PERLAKSANAAN AKAD NIKAH DI MASJID .

- Mulakan dengan solat tahyatul masjid dan solat hajat

- Niat i'tikaf

- Tidak bercampur perempuan lelaki

- Bapa minta izin daripada anak

- Wali menyerahkan wakalah kepada jurunikah

- Bapa nak nikahkan sendiri, minta izin pejabat agama

- Pemilihan saksi

- Baca khutbah nikah

- Ijab qabul dijalankan

- Membaca doa

- Baca lafaz ta'lik

- Sembahyang sunat nikah kahwin

- Sujud syukur dan suami baca doa pada ubun ubun siteri

- Serah tanggungjawab wali kepada menantu dan penerimaan

- Pesanan ibu kepada perempuan dan terima kasih anak

- Selawat marhaban ramai-ramai


cara sujud syukur

- Berwuduk

- Menutup aurat

- Menghadap qiblat

- Berdiri, terus takbir , angkat tangan ke telinga , niat "sahaja aku sujud syukur kerana ALLAH taala'

- Terus sujud sekali dan membaca - 'aku bersyukur dikurniakan suami/ isteri '. terus duduk dan beri salam


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Mya Zulkifli