Tips Perkahwinan : Corak Untuk Pengantin Bertubuh Comel

Oleh Azmierul Che Mat

Ketahui bagaimana memilih corak baju pengantin untuk anda yang bertubuh comel bagi majlis perkahwinan.

Sumber : amirretak

Dalam post yang lepas admin telah kongsikan dengan pembaca mengenai tips kenali tubuh badan dan juga fabric yang terbaik dan sesuai digunakan bagi bakal pengantin yang bersaiz comel. Kini admin ingin selesaikan lagi pemasalahan yang berlaku untuk anda yang bersaiz comel ini dalam isu memilik corak yang sesuai.

Tips 1 : Elakkan menggunakan warna yang cerah/terang

Warna yang cerah dan terang untuk mereka yang berbadan comel akan membuatkan segala 'kelemahan' yang tersorok akan lebih menonjol. Sebaliknya cuba untuk menggunakan warna rona yang lebih gelap seperti emerald green, dark green, red blood, black, dark blue dan sebagainya.

Tips 2 : Pemilihan potongan baju yang tepat

Meskipun terdapat 1001 jenis potongan badan yang anda suka, seperti potongan baju kurung Johor, kebaya longgar, peplum dan sebagainya. Anda harus fikirkan jenis bentuk tubuh anda. Cuba untuk bincangkan dengan pereka anda bagi mendapatkan potongan baju yang boleh menutup 'kelemahan' anda.

Tips 3 : Material yang sesuai

Tips ini admin telah kongsikan dengan pembaca dalam post yang lepas. Di mana beberapa senarai fabric yang sesuai dengan tubuh. Material ini pula anda boleh elakkan untuk menggunakan dari jenis 100% songket. Kerana kain dari jenis 100% songket akan membuatkan 'sarat' dengan corak yang ada pada songket.

Tips 4 : Minimumkan corak

Cuba untuk meminimumkan corak di bahagian yang boleh menampakkan pakaian busana anda tampak sarat. Seperti di bahagian dada. Jangan risau, dengan kekurangan corak yang anda ada akan tampak anda lebih manis dan cantik. Bak kata orang “less is more"

Sumber :udeyismail

Jangan risau kerana apa yang ada pakai, paling utama adalah keyakinan. Kerana dengan keyakinan yang anda miliki akan boleh menutup segala kelemahan yang anda ada.

Selamat bergaya cantik ya!


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Azmierul Che Mat