3 Idea Ruang Simpanan Tambahan Dapur

Oleh Adilah Fatin

Kadang kala menjadi masalah pula untuk menyimpan barangan di dapur tanpa kabinet yang sesuai. 3 idea ini mungkin boleh membantu anda.

#1: Kabinet dinding. Untuk membuat kabinet dapur sendiri harganya agak mahal. Lebih-lebih jika anda masih menyewa. Rasa tidak berbaloi juga kan, sebab hanya mahu tinggal sementara sahaja. Jadi, sebagai jalan penyelesaiaannya, anda boleh memasang sendiri kabinet dinding. Bolehlah anda simpan apa-apa yang patut seperti rempah-rempah atau garam dan gula. (Foto: Ikea Malaysia, RÅSKOG Wall Cabinet, RM219)

#2: Troli. Troli adalah benda yang paling senang dan mudah untuk ditambah dalam dapur anda. Bukan sahaja troli mempunyai daya mobiliti, bahkan serbaguna jjuga. Anda boleh letak, bahan makanan kering, lauk, atau mungkin juga pinggan mangkuk mengikut citarasa anda. Troli dengan rekaan yang cantik dan menarik boleh juga menjadi hiasan untuk dapur anda. (Sumber: Ikea Malaysia, RÅSKOG Trolley, RM149)


#3: Rel. Jika dulu penggunaan rel di dapur agak terhad. Majoriti hanya menggunakannya untuk menyangkut senduk dan mug, sekarang, penggunaan rel juga boleh diluaskan untuk barangan dapur yang lain. Dengan penggunaan rel yang bersesuaian, rel bukan sahaja boleh menjadi penambah seri dapur anda, bahkan menambahkan potensi ruang penyimpanan dapur anda. (Sumber: Ikea Malaysia, FINTORP Rail, RM37.90)


. . . . . . . . . .

Sumber: Ikea Malaysia

. . . . . . . . . .



comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin