4 Cara Memujuk Anak Anda Menggunakan Nebulizer

Oleh Azmierul Che Mat

Kebiasaannya apabila kanak-kanak mempunyai masalah selesema ataupun batuk berpanjangan setelah diberikan ubat, ia mungkin juga disebabkan oleh Asthma.

Kebiasaannya apabila kanak-kanak mempunyai masalah selesema ataupun batuk berpanjangan setelah diberikan ubat, ia mungkin juga disebabkan oleh Asthma. Kebanyakan ibu bapa terlepas pandang kerana mereka tidak mempunyai pengalaman ataupun mungkin anak mereka adalah anak pertama, jadi perkara seperti ini tidak dijangkakan oleh mereka. Selain itu mungkin kerana alergi ataupun alahan kepada sesetengah makanan turut menyumbang kepada masalah asthma. Masalah seperti ini boleh menyebabkan kanak-kanak berdehit, sesak nafas, dan bernafas dengan kadar yang laju.

Apabila ini berlaku, doktor anak anda boleh menetapkan penggunaan mesin pernafasan dipanggil nebulizer. Mungkin ini pertama kali anda mendengar perkataan tersebut. Jangan risau disini kami kongsikan mengenai nebulizer.

Apa itu Nebulizer?

Nebulizer merupakan mesin yang digunakan untuk menyampaikan ubat asma ke paru-paru. Cecair ataupun liquid yang terdapat di canister akan bertukar seperti wap melalui tindak balas kimia akan dirembeskan menggunakan nebulizer bagi memudahkan penyampaian ubat dengan berkesan terus kepada paru-paru anda. Ia kelihatan sama seperti ubat orang tua yang menggunakan ubat asma ataupun orang ramai selalu memanggil ubat sedut. Memandangkan sifat bayi yang tidak pandai untuk menyedut ubat, peralatan perubatan iaitu Nebulizer diguna pakai untuk membantu kanak-kanak menyedut ubat asma.

Dan jika anda mempunyai anak kecil, anda akan tahu bagaimana mencabar untuk memujuk anak anda yang kecil, tidak tahu mengenai apa itu nebulizer untuk menggunakannya. Kebanyakan nebulizers datang lengkap dengan topeng muka. Kanak-kanak akan rasa fobia ataupun takut sekiranya mereka ditutup dengan topeng muka ini sekiranya ini pengalaman pertama mereka.

Berikut adalah beberapa cadangan untuk membuat nebulizer digunakan lebih mudah dan lebih menyeronokkan:

1. Jadikan ia sebahagian daripada rutin harian anda. Menggunakan nebulizer pada masa yang sama (atau kali) setiap hari, jadi anak anda tahu apa yang diharapkan.


2. Jika anak anda takutkan topeng nebulizer tersebut, anda boleh mengatakan ia topeng seperti " Topeng Pilot" , ataupun "Topeng Angkasawan" . Anda juga mungkin menunjukkan video mengenai juruterbang atau angkasawan sedang menggunakan topeng mereka sambil menyebut " Pilot Get ready to Fly!" sebelum anda menghidupkan nebulizer pada.


3.Anda juga boleh membeli topeng berbentuk seperti naga dan haiwan lain. Biarkan anak anda untuk menghiasi mesin nebulizer dengan stiker ataupun watak kartoon yang mereka gemari agar mereka tidak merasakan alat tersebut menakutkan mereka

P

Photo Source : Kamalia Kamal Photography

4.Jika ia tidak berhasil, bayi anda mungkin lebih suka duduk di pangkuan anda.Luangkan masa anda bersama dalam keadaan yang menyeronokkan seperti menonton kartun ataupun rancangan kegemaran mereka, kemudian pujuk mereka dengan lembut untuk menggunakannya.

Puji anak anda untuk kerja yang dilakukan dengan baik!


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Azmierul Che Mat