4 Jenis Busana Tradisional Pengantin

Kami senaraikan 4 jenis pakaian tradisional untuk anda olah mengikut citarasa klasik anda tersendiri.
#1: Baju kurung cekak musang
Foto: cutecarry.com
Baju kurung jenis ini labuh hingga ke paras lutut, berkekek gantung dan berpesak kembang. Tarikan baju kurung jenis ini adalah pada coraknya yang bermotifkan bunga tabur dan dihasilkan dari songket tenunan Terengganu. Kainnya pula sering diikat tepi dengan lipatan ombak beralun.
#2: Baju kedah
Foto: maruwiah.com
Walaupun secara tradisionalnya, baju kedah sering menggunakan kain kapas, anda boleh 'modify' sedikit mengikut citarasa anda. Pakai saja kain yang lebih 'glamourous' namun dengan potongan baju kedah untuk mengekalkan keaslian nilai tradisional ini. Serlahkan lagi busana anda dengan 'brooch' yang sesuai.
#3: Baju kebaya labuh
Foto: pinterest.com
Ciri utama baju ini ialah kekek dan lengannya yang lebar. Selalunya kain yang digunakan adalah sutera china organza halus. Untuk menambahkan seri pemakai, padankan dengan butang kerongsang berwarna emas dan akesori lain.
#4: Baju kebaya pendek
Foto: Rizalman Ibrahim
Ok. Yang ini tidaklah terlalu tradisional. 'More like,in between'. Kebaya jenis ini dipengaruhi gaya dari Bandung, Indonesia. Kain yang sering digunakan termasuk organza dan kain kapas. Namun, untuk majlis perkahwinan, tidak salah sekiranya anda mahu menggunakan kain yang lain yang lebih selesa dan cantik.
. . . . . . . . . . .
Foto header: melaka.gov.my