DIY: 4 Langkah Mudah Untuk Buat Langsir Sementara

Oleh Adilah Fatin

Lepas kahwin kadang kala tak sempat nak tempah langsir semua lagi bukan? Ini langkah penyelesaian sementara untuk anda dan pasangan.



#1: Ambil sehelai fabrik yang cukup besar untuk menutup keseluruhan tingkap anda. Jika anda rajin dan mahu ebih kemas, anda boleh jahit lurus bahagian tepi kain.

#2: Jahit gegelang kecil pada 3 penjuru kain. Jika anda mahukan efek lipatan, jahit gegelang kecil pada 6 penjuru kanan dan kiri kain- 2 bahagian atas, 2 di tengah, dan 2 di penjuru sebelah bawah kain.

#3: Pasangkan 2 cangkuk pada penjuru bahagian atas tingkap.

#4: Gantungkan langsir sementara anda.

Stail Penggantungan Lain

#1: Fabrik segi empat sama. Cangkukkan saja di tepi dan siap.

#2:Fabrik empat segi tepat gaya pertama. Letakkan satu cangkuk di paras tengah kain.


#3: Fabrik segi empat tepat gaya kedua. Gulung setengah fabrik untuk menghasilkan alunan lipatan.

. . . . . . . . . . . .

Sumber: Ikea Malaysia


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin