5 Filem Leonardo DiCaprio Anda Patut Tonton Untuk 'Movie Night'

Oleh Adilah Fatin

Oleh sebab Abang DiCaprio mempunyai banyak filem yang dahsyat dan mengagumkan, kami senarai pendekkan 5 filem yang anda dan pasangan wajib tonton.

#1: Shutter Island (2010) - IMDb: 8.1/10

Anda dan pasangan mempunyai minat terhadap genre filem yang berbeza? Mungkin filem ini mampu menjadi titik persilangan minat anda berdua. Terutamanya jika anda berdua sukakan sesuatu filem yang membuat anda berfikir. Cuba tengok siapa yang lebih 'sharp'. Nope, bukanlah filem yang sesuai jika anda dalam mood yang mahu menonton sesuatu yang 'light and fun'.

#2:The Departed (2006) - IMDb: 8.5/10

Jika pasangan anda sedikit dingin dengan filem aksi atau bercorak kepolisian, ini adalah penawarnya. Filem yang mampu membuat anda terpaku walaupun anda bukanlah peminat filem bergenre ini. Abang Leo yang sememangnya power boleh buat anda terasa 'attached' dengan karakternya.

*sedang berusaha gigih untuk tidak memberi spoiler*

You'll love this one, I'm sure!

#3: The Great Gatsby (2013) - IMDb: 7.3/10

Hmm...tak berapa pasti mengapa rating IMDb untuk filem ini hanya 7.3 (Rating 7.3 masih tinggi berbanding purata filem-filem lain). Jika anda sudah pernah tonton filem ini, anda patut tonton lagi sekali. Jika anda belum, anda patut tahu yang cerita ini mengenai seorang jejaka yang mencintai seorang wanita. Tapi bukan dalam cara yang klise atau geli-geli. Sinematografinya memang hebat dan nilai estetik filem ini memang bagus. Macam cerita Devdas. Setiap babak nampak cantik.

#4: The Wolf of Wallstreet (2013) - IMDb: 8.2/10

Jika anda dan pasangan sedang berusaha mencari kejayaan dalam hidup, ini adalah filem yang sesuai untuk anda berdua supaya tidak alpa dan mudah lupa diri apabila berjaya kelak. Digarap daripada kisah sebenar, ini adalah filem yang anda berdua perlu tonton.

#5: The Revenant (2015) - IMDb: 8.2/10

Abang Leo membuktikan yang beliau seorang pelakon yang mempunyai standard yang tersendiri melalui filem ini. Dibantu Tom Hardy (pemegang watak Bane dalam The Dark Knight Rises...dan juga pemegang watak Tuck Hensen yang sememangnya hesnsem dalam This Means War), filem ini mengisahkan tentang determinasi dan nilai survival seorang bapa. Wajib tonton tau!

Tercari-cari Titanic atau Inception dalam senarai ini? Yilek.

. . . . . . . . . . . .

Foto header: Esquire

. . . . . . . . . . . .


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin