5 Idea Kegunaan Bilik Ekstra Di Kediaman Baru Anda

Oleh Adilah Fatin

Elakkan daripada bilik lebih di kediaman baru anda kosong tanpa digunakan. Nanti akan semulajadi menjadi 'stor' pula.

#1: Nurseri bayi. Anda dan pasangan sedang menantikan kehadiran cahaya mata tidak lama lagi? Gunakan bilik ekstra yang anda ada sebagai nursery room bayi anda. Senang. Jika anak dah besar nanti pun tidaklah anda dan pasangan terpaksa cepat-cepat kemas mainan anak anda kelak apabila ada tetamu datang. Anak anda ada kawasan sendiri untuk bermain. (Sumber foto: Boy Nursery)

#2: Pejabat. Zaman sekarang ada banyak cara untuk mencari rezeki dari rumah. Jika anda mempunyai bisnes atas talian ataupun mungkin juga anda memang boleh bekerja daripada rumah, anda boleh menggunakan bilik ekstra itu sebagai ruang pejabat anda. Ubah suai mengikut keselesaan anda. Labur sedikit wang untuk kerusi yang benar-benar selesa untuk beri anda lebih motivasi untuk bekerja dengan gigih tanpa perlu risau tentang sakit belakang.(Sumber foto: Gossup.co)

#3: Walk-in-closet. Bilik anda sedikit kecil, tapi anda sudah lama impikan walk-in-closet? Inilah masanya untuk anda merealisasikan impian anda. Tidak perlu bilik besar pun. Bilik kecil pun sudah memadai. Selamat memujuk pasangan anda! (Sumber foto: HGTV)

#4: Mini gym. Mungkin anda rasa tidak berbaloi untuk ke gym memandangkan anda bukannya guna semua mesin senaman di sana. Dan, ada juga wanita di luar sana yang rasa sedikit segan untuk 'squat', 'lunges' dan sebagainya di hadapan orang ramai.

Apa kata anda tukar bilik ekstra yang kosong dan sepi ini menjadi gym mini untuk keluarga anda. Tidak perlu beli mesin mahal-mahal pun. Beli apa yang anda memang guna sahaja. Jika anda suka kickboxing, beli sahaja punching bag dan speedball sudah memadai. Beli sikit-sikit pun tak apa.

#5: Mini Library. Anda berdua suka membaca? Selalu borong buku di Big Bad Wolf? Apa kata anda tukar bilik ekstra ini menjadi mini library? Tidak perlu skema pun, anda boleh juga letak sofa untuk anda berdua membaca. Yang paling penting, anda berdua berasa selesa. (Sumber foto: Dekoist)


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin