5 Idea Ucapan Tetamu di 'Guest Book'

Oleh Adilah Fatin

Anda sudah selalu sangat mengahadiri majlis perkahwinan sehingga anda sudah tiada idea untuk tulis apa di dalam 'guest book'? Ini 5 idea untuk anda.

#1: Ucapkan Tahniah...dan 'highlight' kan momen majlis perkahwinan yang paling anda gemari

Foto: Dimple VJKumar

...kerana ucapan tahniah sudah terlalu biasa dan anda mahu menjadikan ucapan tahniah anda lebih bersifat peribadi, sertakan sekali bibit-bibit majlis yang menjadi favorite anda. Mungkin baju pengantin, mungkin suasana majlis, mungkin juga cara pengantin lelaki mencuri pandang ke arah pengantin perempuan. *Ehem* Pendek kata, apa-apa pun boleh.

#2: Tips

Foto: Buzzfeed

Jika anda sudah berkahwin, anda boleh kongsikan tips tentang kehidupan berumah tangga. Yang pendek dan padat sudah memadai, daripada tentang saat saat indah baru bergelar suami isteri, ataupun tips untuk menghadapi saat-saat sukar dikemudian hari.

#3: Idea dating selepas kahwin

Foto: Lifehack

Pasangan berkahwin selalunya akan kekeringan idea untuk aktiviti dating. Apa kata anda kongsikan dengan mereka idea untuk dating? Yes, yes, anda boleh tulis ini atas buku guest book.

#4: Tulis lirik lagu

Foto: The Daily Edge

Anda sukakan muzik dan dalam fikiran anda ada bait-bait lagu cinta yang mengingatkan anda tentang pasangan ini? Go ahead, tuliskan saja.

#5: Apa-apa yang anda mahu

Foto: Buzzfeed

Jika anda seorang yang random, tulis saja apa-apa yang anda suka. Mungkin perkara pertama yang terlintas di fikiran anda tentang pasanagan mempelai? Anything. Go crazyyy!

. . . . . . . . . . .

Foto header: Homecrafts


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin