5 Idea Supaya Majlis Resepsi Bertambah Ceria

Oleh Adilah Fatin

Meriahkan lagi majlis anda dengan beberapa idea kami ini.

#1: Zapin kanak-kanak. Majlis resepsi anda bertemakan tradisional? Hah. Boleh anda jemput pasukan zapin kanak-kanak untuk memeriahkan majlis anda. Si cilik pun punya aura dan bakat yang mampu membuat tetamu anda terpegun. Tambahan pula mereka sangat comel.

(Sumber: Pucung Biru)

(Sumber: Esta Zainal)

#2: Gamelan. Muzik tradisional agak menarik dan sesuai untuk diketengahkan di majlis resepsi. Video-video ini adalah untuk meyakinkan anda yang gamelan sebenarnya cool habis.

(Sumber: Germawan KISAS)

(Sumber: Wan Zulmuhammad Harith)

#3: Wedding band. Tema moden? Jika selalunya pengantin hanya memasang audio lagu yang diputarkan DJ, apa kata kali ini anda sediakan live wedding band untuk tetamu anda jadikan halwa telinga?

(Sumber: Miasuraya)

#4: Kawan-kawan yang sporting. Kalau anda ada kawan-kawan yang sporting, ini yang paling best. Mereka boleh buat flashmob atau apa-apa pun. Lagi best kalau mereka buat ini tanpa pengetahuan anda dan pasangan.

(Sumber: Mohd Irsyad)

Okayyy, kalau kawan-kawan anda tidak sukakan lagu hindustan, mungkin mereka boleh mendapatkan inspirasi daripada kumpulan tarian ini. Santai pun, santai juga.

(Sumber: Amer Solehin)

#5: Buat persembahan untuk pasangan. Pengantin lelaki atau pengantin perempuan, jika anda ada bakat terpendam, anda boleh sahaja buat persembahan sendiri. Tentunya lebih bermakna, dan menjimatkan kos juga.

(Sumber: Candid Syndrome)

. . . . . . . . . .

Foto header: Afnan Omar


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin