5 Kelebihan Membuat Perancangan Keluarga

Oleh Adilah Fatin

Ketahui 5 kelebihan membuat perancangan keluarga dalam artikel ini.

#1: Faktor kewangan

Dengan membuat perancangan keluarga, anda juga boleh merancang kewangan keluarga anda dengan lebih baik. Mungkin dengan adanya jarak antara kelahiran anak-anak anda, anda boleh memberi penumpuan lebih kepada pembesaran anak yang sedia anda dan memberinya yang terbaik. Bilangan anak yang bertambah juga bermaksud komitmen kewangan yang lebih tinggi berbanding sebelumnya. Jadi, apabila anda dan pasangan sudah lebih stabil dan bersedia, mungkin masa itu sesuai untuk anda menambah ahli keluarga. (Foto: Into The New World)


#2: Kesihatan isteri

Wanita walaupun nampak sudah sihat daripada segi luaran, bahagian dalaman wanita memerlukan masa untuk sembuh. Cara terbaik untuk memberi masa secukupnya untuk isteri sembuh adalah dengan merancang. Mengandung dan melahirkan anak bukan mudah. Bincang dengan pasangan elok-elok dan capai persefahaman bersama. Jagalah isteri anda dengan penuh kasih dan ehsan. (Foto: The Leiora)


#3: Anak

Tentunya anda mahukan yang terbaik untuk anak anda. Bukannya mahu mengehadkan atau langsung tidak mahukan zuriat, tapi mungkin dengan menyusun jarak yang sesuai adalah baik untuk keharmonian rumah tangga anda. Kos sara hidup kini kian meningkat. Jika jarak antara kelahiran anak agak dekat, mungkin tanggungan kos ini lebih terasa. Mungkin anda mahu berikan yang terbaik daripada segi pendidikan, tempat tinggal, makanan, pendek kata daripada semua segi kepada anak anda. Jika anda merasakan yang anda dan pasangan mempunyai keinginan sebegini namun belum berkemampuan, tidak salah jika anda merancang. (Foto: News.com.au)


#4: Karier isteri

Seperti anda, isteri anda juga mempunyai cita-cita dan impian. Rata-rata wanita sekarang berpendidikan tinggi dan mempunyai karier masing-masing. Beri ruang untuk isteri anda mengembangkan kariernya juga. Kehamilan bukan saja mengubah fizikal isteri anda, malahan turut melibatkan corak perkembangan karier beliau juga. Lebih-lebih lagi jika kehamilan yang berturut-turut. Ada masa beliau perlu bercuti untuk berpantang, alahan yang teruk boleh mengganggu prestasi kerjanya dan sebagainya. Sebab itulah persefahaman antara pasangan penting dalam hal ini. Toleransi amat penting. (Foto: Inayahc)


#5: Anda & Pasangan

Anda fikir tentang diri anda sendiri. Ada masanya kita perlu berfikir secara matang. Jika selalunya kita fikirkan tentang kemahuan kita, apa kata kali ini anda fikirkan tentang kemampuan anda dan pasangan? (Foto: Tied The Knot)

But then again, kun fayakun. Jika Allah berkehendakkan sesuatu maka jadilah ia. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Sesungguhnya, Allah S.W.T adalah sebaik-baik perancang.


. . . . . . . . . . .
Foto header: Tied The Knot
. . . . . . . . . . .



comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin