5 Langkah Untuk Menjadi Individu Yang lebih Baik

Oleh Adilah Fatin

Sebelum kahwin ada yang berazam untuk berubah dan sebagainya. Artikel ini mungkin sesuai untuk anda.

#1: Perlahan-lahan pun tidak apa. Ada setengah orang boleh ubah laju-laju. Tapi ada juga orang yang kena ubah langkah demi langkah. Walau apa pun kadar perubahan anda, yang penting anda ikhlas dan terus berusaha dengan konsisten. Anda boleh melakukannya! (Foto: Wikihow)

#2: Cakap hal yang baik. "Kata-kata yang keluar daripada bibir anda terbit daripada hati." Pernah dengar tak frasa ini? Kalau anda jenis bergurau kasar dengan kawan itu tidak mengapa lah. Tapi jika anda tak kenal pun orang tu, tapi mahu gosip tentang dirinya, tak perlulah. Cakap hal yang baik. Kalau tiada, tidak perlu kata apa-apa. (Foto: Diva Does 4 Good)

#3: Gembira dengan diri anda sendiri. Sebelum anda mahu menjadi lebih baik, anda bukan sahaja perlu tahu kelemahan dan kekurangan diri anda. Anda juga perlu sayangi dan hargai kekuatan serta kelebihan diri anda juga. (Foto: SYZYGY)

#4: Dendam bukanlah perkara yang bagus. Memang susah mahu maafkan orang yang telah menyalahi anda. Lebih-lebih lagi jika anda berlaku adil dan tidak pernah menyakitinya selama ini. Tapi, perlahan-lahan, cuba untuk biarkannya berlalu. Menyimpan dendam bukan sahaja membuat anda merasa kusut, bahkan membuang masa juga. Buat apa anda mahu bazirkan masa untuk membuat plot rancangan untuk membalas dendam apabila anda boleh buat benda lain yang boleh buat anda gembira? Percaya sahaja yang Allah Maha Adil. (Foto: Bloomberg Business)

#5: Urusan dengan Tuhan. Anda abaikan sahaja cakap orang sekeliling. Allah tahu apa yang tersirat di hati anda. Allah nampak apa yang orang lain tidak nampak. Dan tentunya, Allah tahu macam mana anda kuatkan hati untuk berubah ke arah yang diredhainya. Jangan putus asa, okay? Anda bukan keseorangan, pastinya ramai di luar sana yang sedang berusaha seperti anda juga. (Foto: Zekeriya S. Sen)

Anda boleh melakukannya!


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin