5 Perkara Asas Tentang Pemakaian 'Braces'

Oleh Adilah Fatin

Bercadang untuk memakai pendakap gigi? Kami kongsikan 5 perkara asas tentang pemakaiannya.

#1: Survey. Survey mana-mana khidmat pakar ortodontik yang anda mahu. Minta pendapat rakan anda yang belajar dalam bidang ini. Mereka selalunya tahu mana satu doktor yang bagus. Anda juga boleh bertanya kepada rakan-rakan anda yang pernah mendapatkan rawatan pendakap gigi. Lihat hasil kerja doktor rakan anda pada gigi mereka.

#2: Jarak. Pastikan anda tidak mempunyai masalah untuk membuat kunjungan bulanan ke klinik ortodontik yang anda pilih ini. Hal ini disebabkan anda akan perlu membuat kunjungan bulanan untuk menukar getah dan untuk doktor memeriksa gigi anda. (Foto: Portland Pearl Orthodontics)

#3: Kos. Jangan segan untuk bertanya tentang kos. Kenal pasti berapa kos yang anda perlu bayar sebagai pendahuluan, bulanan, untuk retainer dan sebagainya. Terdapat beberapa jenis pendakap gigi juga. Baca tentang jenis-jenis pendakap gigi yang ada dan bincang dengan pakar ortodontik anda. (Foto: GD Dental)


#4: Kontrak. Pemakaian pendakap gigi memerlukan anda untuk menandatangani kontrak dengan klinik tempat anda dapatkan rawatan. Baca betul-betul isi kandungannya.

#5: Travel kit ubat gigi dan berus gigi. Setelah memakai pendakap gigi, anda mungkin akan mudah berasa kurang rasa selesa selepas makan. Bawa travel kit ubat gigi dan berus gigi dalam handbag/bag kerja/kereta anda untuk masa-masa ini. Dapatkan juga mini berus, yang boleh digunakan untuk membersihkan celah-celah pendakap gigi anda. (Foto: Clarendson Dental Spa)

#6: Disiplin. Jika pakar ortodontik anda memesan untuk tidak makan makanan yang perlu dicarik dengan gigi seperti pizza untuk beberapa ketika, jangan makan. Chewing gum pun tidak boleh sepanjang anda dapatkan rawatan. Pemakaian pendakap gigi mahal harganya. Jadi pastikan anda


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin