5 Sebab Anda Patut Upah Jurugambar Profesional

Oleh Adilah Fatin

Jika anda masih berfikir sama ada anda perlu mengupah jurugambar profesional untuk majlis perkahwinan anda, 5 sebab di bawah boleh turut diambil kira.

#1: Anda boleh beritahu kemahuan anda dengan selesa

Sebagai klien, anda mungkin ada banyak 'demands'. Terutama sekali apabila ianya melibatkan majlis perkahwinan anda. Bayangkan jika anda hanya meminta saudara atau terdekat anda yang mengambil gambar, tentu nanti ada rasa segan sedikit untuk meminta mereka ambil gambar atau paling tidak, untuk ber'pose' di hadapan mereka.

Foto: Afnan Omar

#2 Tiada tarik diri pada saat saat akhir

Jika anda hanya bergantung pada kenalan atau ahli keluarga, ada kemungkinan mereka terpaksa menarik diri pada saat-saat akhir. Jika perkara tersebut berlaku, agak susah sedikit untuk mencari pengganti. Hendak rasa geram sedikit pun tak boleh kerana mereka sekadar 'membantu' dan bukannya terikat dengan apa-apa kontrak.

Foto: Afnan Omar

#3: Ahli keluarga dan kenalan anda patut turut sama meraikan anda dan bergembira bersama anda, bukannya berada di belakang kamera

Tak apalah sekiranya ahli keluarga anda mahupun kenalan anda dan pasangan ingin mengambil gambar untuk kenangan peribadi, ataupun untuk dimuatnaik ke dalam media sosial. Namun, untuk dilantik sebagai jurugambar majlis anda adalah satu tugas yang agak berat. Nanti mereka tidak dapat bergembira bersama dan terbeban dengan tanggungjawab ini. Ada sesetengah aktiviti dalam majlis yang melibatkan keluarga atau kenalan juga tidak dapat disertai bersama.

Foto: Afnan Omar

#4 Pengalaman

Jurugambar profesional mempunyai banyak pengalaman dalam bidangnya. Daripada aspek pencahayaan, edit dan bermacam lagi. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan dan apa yang anda tidak perlu lakukan. Bak kata pepatah,'Jauhari juga yang mengenal manikam'.

Foto: Afnan Omar

#5: Produk akhir yang memuaskan hati

Bayaran untuk mengupah jurugambar profesional boleh dianggap sebagai pelaburan yang sangat berbaloi. Bukan sahaja setiap momen indah anda dan pasangan dapat diabadikan dalam album, setiap keping gambar juga diteliti satu persatu oleh jurugambar anda sebelum diserahkan kepada anda. Tak perlulah anda pening memikirkan untuk mengedit sendiri mahupun mencetak gambar anda. Mereka juga menyediakan banyak pakej yang meliputi album dan bingkai gambar.

Foto: Afnan Omar

. . . . . . . . . .

Foto header: Afnan Omar


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin