5 Soalan Yang Sering Ditanya Tentang Permohonan Nikah

Oleh Adilah Fatin

Mempunyai persoalan tentang proses permohonan nikah? Dapatkan jawapan anda di sini.

#1: Siapakah yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ?

Orang yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ini hanya orang yang pernah berkahwin (duda/berpoligami), seorang bujang yang telah berusia melebihi 40 tahun dan individu yang cacat anggota tertentu.

#2: Bagaimanakah seorang pemohon dapat mengenali Penolong Pendaftar Nikah yang perlu ditemuinya untuk mendapatkan sokongan untuk bernikah?

Pemohon hendaklah merujuk ke qariah masjid yang tempat dia tinggal / mengikut alamat dalam kad pengenalan beliau.

#3: Adakah pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia?

Ya, pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia.

Asalkan ia diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri di mana kursus itu dianjurkan.

#4: Di manakah pemohon boleh mengambil borang permohonan nikah?

Pemohon boleh mengambil borang permohonan nikah di Pejabat Agama Islam yang berdekatan dengan tempat tinggal beliau.

#5: Bilakah masa yang sesuai untuk seorang lelaki membuat permohonan nikah di Pejabat Agama Islam Daerah?

Permohonan tersebut boleh dibuat dalam tempoh sebulan sebelum akad nikah dilaksanakan.

. . . . . . . . . .

Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor

Sumber foto: The Leiora

. . . . . . . . . .


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin