5 Sumber Belajar Memasak 'Online'

Oleh Adilah Fatin

Gunakan kelebihan teknologi untuk belajar memasak. Mudah dan efisien!

#1: Puan Aisha Shukor

Puan Aisha Shukor memang terkenal dalam kalangan golongan yang baru berjinak dengan aktiviti memasak ini. Golongan yang sudah 'power' masak pun suka juga. Setiap resepi disertakan gambar 'step by step' dan penerangan cara memasak sekali, menjadikan tutorial masakan Puan Aisha mudah diikuti dan menjadi 'favourite' banyak golongan. Ikut sahaja bulat-bulat. Insya Allah akan menjadi. Antara resepi yang anda patut cuba, Ayam Sambal Bali.

(Sumber foto: FB Aisha Shukor)

#2: Instagram Johan & Ozlynn

Anda pastinya kenal dengan pasangan selebriti ini, bukan? Melalui akaun instagram mereka, pasangan yang merendah diri dan sempoi ini selalu kongsikan menu hidangan mereka sekeluarga. Jika ada peminat yang bertanyakan resepi, Ozlynn tidak lokek dalam berkongsi resepi. Jadi, selain boleh dapat idea hidangan masakan, anda juga boleh belajar resipi baru.

(Sumber foto: Instagram Jozlynnhanania)

#3: Instagram Tengku Puan Pahang

Kadang-kadang niat belajar memasak itu sudah ada, tapi idea menu untuk dipelajari yang tiada. hah, kalau macam itu, apa kata anda cuba jenguk akaun instagram ini? Lepas sudah menjamu mata, bolehlah anda google resepi yang berkaitan.

(Sumber foto: Instagram Tengku Puan Pahang)


#4: Azie Kitchen

Blog Puan Azie tidak asing bagi sesiapa yang gemar meng-'google' resipi. Mudah dan teratur, resepi yang ditulis Puan Azie turut diselitkan tips memasak. Selain itu, blog masakan Puan Azie ada juga menceritakan tentang percutian beliau. Bagi yang sedang merancang percutian honeymoon ataupun babymoon, anda boleh rujuk blog beliau.

(Sumber foto: Azie Kitchen)

#5: Hashtags

Okay. Ini cara paling senang untuk cari resepi masakan. Jadi kreatif dengan pencarian hashtag anda di media sosial. Gunakan kata kunci 'daridapur','resepi' atau 'airtangan' untuk pencarian anda di media sosial. Selamat mencuba!


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin