5 Tips 'Housewarming' Untuk Pengantin Baru

Oleh Adilah Fatin

Panduan ringkas dan padat serta mudah untuk pengantin baru yang merancang untuk mengadakan 'Housewarming Party'.

#1: Masa

Dalam banyak-banyak benda, ini adalah benda pertama yang anda perlu tentukan. Pastikan semua tetamu yang dijemput tahu masa mula dan masa tamat majlis anda. Tak mahulah ada yang datang awal sangat sehingga anda belum sempat bersedia ataupun ada yang datang lambat sangat sampai anda dan pasangan berasa kurang selesa. (Sumber foto: Overtock.com)

#2: Makanan

Makan memang agenda utama majlis. Jika anda atau pasangan memang power di dapur, tak ada apa yang perlu dirisaukan sangat. Namun, jika anda masih ada sedikit ragu-ragu atau rasa seperti tidak sempat memasak, anda boleh tempah sahaja. Untuk tidak membazir, anda dan pasangan pastikan berapa tetamu yang akan hadir. (Sumber foto briyani kambing yang kelihatan lazat: Centre Right India)

#3: Tetamu

Hah, masa ini kerluarga dan rakan-rakan anda dan pasangan akan saling bertemu. Masa kahwin hari tu, mungkin mereka tidak sempat sangat untuk berbual dan hanya beramah mesra, bertanya khabar. Kali ini mereka akan bersantai dan meluangkan masa bersama. Anda dan pasanganlah yang akan menjadi penghubung mereka. Kalau ada yang 'awkward' sedikit itu, anda tolong 'break the ice'. (Sumber foto: Tied The Knot)

#4: Rumah

Ini mungkin kali pertama rumah anda menerima tetamu yang ramai. Rumah orang baru kahwin mungkin ada yang tak lengkap sangat lagi, tak apa. Tetamu pun faham. Hanya pastikan rumah anda kemas dan bersih pun dah cukup. (Sumber foto: Booking.com)

#5: Aktiviti

Ada setengah orang mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis kesyukuran dan majlis doa selamat untuk housewarming mereka. Ada juga yang mahu buat aktiviti santai seperti barbeku, karaoke dan sebagainya. Apapun aktiviti yang anda pilih, pastikan tetamu anda tahu tau. Nanti terpakai baju yang kurang sesuai pula. (Sumber foto: 2shopper)

Anda sudah berjaya mengaturkan majlis perkahwinan anda, 'housewarming' ni kacang saja.


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin