5 Tradisi Perkahwinan Yang Kami Suka

Oleh Adilah Fatin

Kami senaraikan 5 tradisi perkahwinan Melayu yang kami benar-benar suka.

#1: Bunga Telur. Majlis kahwin selalunya ada menyediakan cenderahati untuk tetamu. Jika sekarang ini gah dengan mug, muffin, kek cawan dan sebagainya, secara tradisinya, pengantin selalu memberikan bunga telur. Macam dalam cerita pendek zaman sekolah menengah dahulu 'Of Bunga Telur and Belly Shoes'. Paling seronok, cenderahati bunga telur ini tetamu tidak buang. Oh dan tahukah anda, telur yang diberi melambangkan kesuburan. (Sumber foto: Pinterest)

#2: Songket. Sekarang makin banyak pasangan pengantin yang mengenakan busana songket di majlis resepsi mereka. Songket bukan sahaja membuat pasangan pengantin kelihatan lebih segak, malah tampak benar-benar seperti raja sehari. Kain songket yang diolah dengan sentuhan moden juga makin semakin mendapat tempat d hati pasangan muda, seiring dengan evolusi dunia fesyen. Namun, ini tidak bermakna potongan klasik tradisional diketepikan. Oleh sebab potongan jenis ini jarang dikenakan pengantin, sekali ada yang menggayakannya, terus tampak ekslusif dan menawan. (Sumber foto: Pinterest)

#3: Kompang. Paluan kompang memang sinonim dengan majlis perkahwinan. Jarang kehadiran pengantin tidak disambut dengan paluan kompang. Kalau WWE, ini macam 'entrance song' untuk pasangan pengantin. Terutamanya jika majlis diadakan di kawasan perumahan. Zaman sekarang, ada yang menggabungkan paluan kompang dengan elemen muzik lain untuk membuatnya kedengaran lebih menarik. (Sumber foto: Laman Munawwarah II)

#4: Nasi minyak. Bagi golongan tetamu yang suka menghadiri majlis perkahwinan, nasi minyak adalah salah satu benda yang sentiasa mereka alu-alukan dengan gembira. Terutama sekali kerana nasi minyak jarang ada dijual di kedai-kedai makan, tidak seperti nasi briyani nasi kandar, nasi dagang dan sebagainya. Jadi, nasi minyak ini 'extra special' daripada jenis nasi-nasi yang lain. (Sumber foto: Pinterest)

#5: Lagu kahwin. Cara yang paling mudah untuk menghidupkan suasana majlis perkahwinan anda adalah dengan memasang lagu kahwin. Walaupun pengantin zaman sekarang lebih gemar memasang lagu romantis moden di majlis mereka, mesti ada terselit satu dua lagu kahwin zaman 80-an. (Sumber foto: Youtube)


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin