6 Barangan Bayi Yang Anda Sebenarnya Tidak Perlu Beli

Oleh Adilah Fatin

Teruja mahu beli barangan bayi? Ini ada beberapa perkara yang sebenarnya anda tidak perlu beli. Boleh berjimat lebih!

#1: Monitor video bayi. Kebanyakkan ibu bapa akan menggunakan mengisi masa anak mereka tidur dengan tidur atau berehat atau membuat kerja lain. Jika anak anda bangun atau perlukan apa-apa, anda boleh dengarkan saja tangisan bayi anda. Lagipun, tentunya anda sendiri pun akan periksa anak anda dari masa ke masa.

#2: Set tidur. "Barangan lembut seperti bantal dan barangan tidur yang longgar perlu dijauhkan daripada bayi." - CDC. Oleh itu, tidak perlulah anda berbelanja banyak untuk set barangan tidur yang tidak perlu. Ini adalah untuk faktor keselamatan juga. Tekan link di atas untuk maklumat lanjut.

#3: Meja tukar lampin. Anda boleh menukar lampin anak anda di mana-mana sahaja yang selesa untuk anak anda dan anda sendiri. Boleh jadi atas tilam, atas meja, atas soda, pendek kata mana-mana sahaja. Alaskan permukaan tersebut dan voila! Instant changing table. Lagipun, cuba anda jenguk kawan-kawan anda yang pernah beli meja tukar lampin ini. Last last rata-rata daripada mereka tak guna pun. Jadi rak pula.

#4: Pemanas botol susu. Tidak perlu bazir wang anda untuk pemanas botol susu. Mahukan botol susu yang panas? Lalukan botol di bawah air panas atau rendam dalam air panas. Tadaaa! - Botol susu panas.

#5: Baby Food Maker. Blender atau food processor anda mampu berfungsi sebagai baby food maker. Jadi anda boleh berjimat sedikit dengan menggunakan peralatan elektrik sedia ada.

#6: Kasut bayi. Okay kasut bayi memang comel. Kadang kala anda rasa geram sangat dan mahu beli banyak. Tapikan, kalau bajet anda tidak banyak sangat, apa kata anda tak payah beli dulu kasut ini? Lagipun bayi anda lambat lagi baru boleh jalan. Pakaikan saja bayi anda stokin comel untuk gantikan kasut.

. . . . . . . . . .

Sumber: Popsugar

Foto header: Graphic Design Function

. . . . . . . . . .


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin