6 Cara Kekal 'Fresh' Pada Hari Perkahwinan

Oleh Adilah Fatin

Tibanya hari bahagia pastinya membuat anda lebih 'nervous' daripada biasa. Maybe sampai satu tahap anda tidak selesa dengan bau badan dan mulut anda sendiri.

#1: Lulur

Foto: justleeminjung.wordpress.com

Alright. Mari kita tinggalkan stigma yang anda hanya boleh melulur badan di spa. Anda sebenarnya boleh juga melulur badan sendiri di rumah. Pada pagi hari bahagia anda, guna lulur sebelum mandi. Selain menanggalkan daki, badan anda juga akan sentiasa berbau harum dan segar dan juga kurang berpeluh, at least untuk 6 jam berikutnya. (janganlah pula anda guna lulur yang berbau herba. Nanti bau lain pula jadinya.) Ini bukan untuk pengantin perempuan sahaja tau. Pengantin lelaki juga boleh melakukannya.

Ps: Jika anda sudah pakai henna, elakkan dari menyental di bahagian yang telah di-henna-kan dan gunakan sarung tangan yang dikhaskan untuk scrub.

#2: Pakai deodorant

Foto: thedailytouch.com

Walaupun kita biasa pakai deodorant setiap hari, setiap kali lepas mandi, bila kita 'nervous' selalunya jadi lain macam sedikit. Benda yang kita biasa buat pun, kita boleh terlupa. So assign seorang groomsman/bridesmaid/kakak/abang siapa siapa yang tolong anda bersiap untuk pastikan anda pakai deodorant.

#3: Sapu losyen badan

Foto: thegloss.com

Okies. Anda tentunya suka wangi-wangi kan. Kalau anda tidak suka losyen yang dijual di farmasi atau pasar raya. Labur sedikit duit untuk losyen yang berparfum, yang anda selalu beli sekali dengan perfume berjenama. Bukan sahaja tahan lama, malah, bau perfume anda juga akan lebih menyerlah dengan bantuan losyen badan ini. Selain itu, anda tentunya akan besalam dengan ramai orang. At least, tangan anda akan berbau harum.

#4: Pastikan anda tidak berpeluh ketika memakai baju

Foto: giphy.com

Kadang kala sebab nervous itu, kelenjar peluh anda menjadi lebih aktif daripada biasa. Jadi, pastikan anda pakai baju dalam keadaan badan anda yang kering dan tidak berpeluh. Buka pendingin hawa atau duduk bawah kipas.

#5: Sembur perfume dalam kain

Foto: memeorigins.com

Oppps. Tips ini untuk pengantin perempuan sahaja. Biasanya kalau pakai baju kurung, kadang kala di tempat panas, kaki kita berpeluh bukan? Lepas itu, kerana kita selalu sembur perfume di bahagian atas badan sahaja, bahagian kaki pula cepat masam dan anda pun berasa tidak selesa. Prinsip yang sama di sini. Sembur saja dalam kain sedikit perfume.

#6: Bawa mint

Foto: tvrecappersanonymous.wordpress.com

Pengantin lelaki mungkin memakai baju yang mempunyai poket. Pengantin perempuan pula, jika selalu pasangan anda tumpang handbag anda, kali ini tumpang poketnya pula. Letak mint untuk anda berdua dalam plastik 'zip-lock' yang kecil dan masukkan dalam poket. Lepas makan beradab itu, untuk hilangkan bau udang galah masak sweet & sour, atau daging masak rendang, makan lah mint supaya anda dan pasanagan ada keyakinan untuk berinteraksi dengan tetamu.

. . . . . . . . . .

Foto header: The Wife & Husband


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin