6 Idea Kerusi Makan Pengantin

Oleh Adilah Fatin

Hiasan kerusi makan pengantin tidak perlu 'lame & boring'. Sedikit idea ini mungkin dapat membantu anda menghias kerusi pengantin di majlis anda nanti.

#1: Seperti panahan cinta, hiasan anak panah dengan kata-kata 'true love' yang menunjuk ke arah pasangan anda dan anda sendiri agak 'cool' dan 'sweet' pada masa yang sama.

(Foto: Host & Toast)

#2: Dengan papan tanda hitam kecil dan dedaun, anda sudah boleh mendapatkan hiasan kerusi pengantin yang elegan. Tambah sedikit ummph dan nilai 'aww' dengan kata-kata yang membuat hati berbunga.

(Foto: Wedding Chicks)

#3: Berikan sedikit efek rustik dengan membuat banner kayu dan mengecat perkataan di atasnya. Tambahkan penyeri dengan riben dan hiasan bunga untuk melembutkan hiasan banner kayu itu.

(Foto: Jose Villa)

#4: Apa kata anda beri sedikit kelainan dengan meletakkan gambar zaman kecil anda dan pasangan di belakang kerusi masing-masing? Pastinya comel.

(Foto: Weddings Illustrated)

#5: Bantal? Why not? Bertindak sebagai hiasan dan penyokong tulang belakang anda. Anda juga boleh variasikan pilihan warna bantal anda mengikut tema majlis.

(Foto: Weddings Illustrated)

#6: Hiasan bungaan amat cantik jika digubah dengan betul. Hiasan kerusi pengantin jenis ini klasik, menyerlah dan kelihatan sofistikated.

(Foto: Brides)

. . . . . . . . . .

Foto header: Afnan Omar


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin