6 Idea Menghias Ruang Tamu Bersaiz Kecil

Oleh Adilah Fatin

Menghias ruang yang kecil boleh menjadi agak mencabar. Kami kongsikan idea yang boleh anda timbangkan dalam mendekorasi rumah anda.

#1: Gunakan sofa 3 tempat duduk. Jika ruang tamu anda bersaiz besar, tidak salah jika anda mahu menghias ruang tamu anda dengan sofa tambahan. Namun, jika ruang tamu anda bersaiz kecil, hanya satu sofa tiga tempat duduk sudah memadai. Boleh duduk ramai-ramai. Anda boleh baring juga di atas sofa ini. Jika letak kerusi tambahan, nanti ruang akan jadi agak sempit. Pokoknya, beli sahaja satu sofa tiga tempat duduk yang selesa. (Foto: Ikea Malaysia, RM 995)


#2: Gunakan lampu lantai. Jika anda menyewa, menukar lampu siling mengikut citarasa anda agak leceh. Jadi, apa kata daripada anda beli lampu meja, untuk diletakkan di sebelah sofa, anda beli saja lampu lantai. Anda boleh jimatkan ruang dan tentunya, kelihatan lebih chic. (Foto: Ikea Malaysia, RM199)

#3: Bantal cantik. Ruang yang kecil mungkin mengehadkan penggunaan warna yang anda boleh gunakan dalam menghias. Jadi, satu cara mudah untuk memberi 'ummph' kepada dekorasi anda ialah dengan menghias menggunakan bantal cantik atau yang menyerlahkan personaliti anda. (Foto: H&M Malaysia, RM39.90)

#4: Skip dekorasi aksesori-aksesori kecil. Aksesori kecil memang comel. Tapi, jika banyak sangat agak sakit mata dan serabut juga. Mahu mengemas pun agak susah untuk dilap satu persatu. Elakkan masalah ini dengan menggunakan hiasan akesori yang besar tapi minimal sahaja, mungkin seperti satu pasu yang diletakkan bunga segar untuk menyerikan ruang tamu anda. (Foto: Ikea Malaysia, RM17.90)

#5: Pemilihan langsir. Warna yang gelap jika tidak kena, boleh membuatkan ruang anda kelihatan kecil dan suram. Jika anda mahu ruang anda kelihatan luas sedikit, cuba gunakan warna cerah. (Foto: Ikea Malaysia, RM199)

#6: Cermin. Gunakan cermin yang besar untuk menambah ilusi keluasan ruang untuk ruang tamu anda. (Foto: Eva)

. . . . . . . . . .

Foto header: Bromeliad

. . . . . . . . . . .


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin