6 Simptom Suami Apabila Isteri Mengandung

Oleh Adilah Fatin

Bukan golongan ister sahaja yang ada simptom kehamilan. Para suami pun turut merasa sama. Jom lihat jika ada yang anda terkesan sama.

#1: Kebimbangan. Percaya atau tidak, golongan suami pun tidak keruan apabila isterinya mengandung, Rasa pedih ulu hati, kepenatan dan tidak boleh tidur malam itu adalah perkara biasa. (GIF: India Times)

#2: Muntah-muntah. Ada sesetengah suami pun ikut sama apabila isterinya muntah-muntah. Relaks brader. Ini mungkin disebabkan stress. (GIF: Tumblr)

#3: 'Mood swings'. Jika untuk isteri, 'mood swings' ini selalunya datang menjengah antara minggu keenam dan kesepuluh kehamilan disebabkan hormon, 'mood swings' suami pula selalunya datang apabila beliau stress. (GIF: The Gloss)

#4: Hubungan intim. Perubahan pada tubuh isteri ketika kehamilan boleh memberi beberapa kesan kepada suami.

Ada yang menerima baik dan teruja dengan perubahan-perubahan sementara ini, tapi ada juga yang sedikit takut-takut. Mungkin kerana perubahan tubuh isteri itu mengingatkan anda kepada tanggungjawab yang makin besar kelak. (GIF: Giphy)

#5: Pertambahan berat. Ada kemungkinan disebabkan anda selalu teman isteri anda makan, atau mungkin juga jika anda sedang stress, hormon badan anda tidak pada kadar normal dan menyebabkan badan anda menyangka anda sedang lapar walaupun anda sebenarnya tidak.

Hormon ini kemudiannya mengakibatkan penambahan lemak ke perut anda. (GIF: Giphy)

#6: Sakit-sakit dan sengal-sengal. Suami selalunya mengadu sakit-sakit pada tempat yang jarang sakit sebelum ini. Kebetulan juga, tempat sakit yang diadu ini sama dengan tempat yang isteri terasa sakit atau sengal-sengal. Ini disebabkan psikologi. (GIF: Tumblr)

. . . . . . . . . .

Sumber: What To Expect


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin