5 Idea Snek Bagi Yang Ingin Kurangkan Berat Badan

Oleh Adilah Fatin

Kami kongsikan 5 idea snek untuk anda kunyah-kunyah.

#1: Almond. Selain baik untuk kulit, almond juga snek yang bagus untuk golomgan yang sedang cuba mengawal pemakanan. Kunyah almond sebanyak 40 kali. Nanti tentu cepat rasa kenyang. (Sumber: Eating Well)

#2: Kacang pea atau jagung yang dibekukan. Rasa sayuran yang telah dibekukan lebih enak. Kemanisan sayuran seperti ini masih lagi ada.

Anda boleh melakukan perkara yang sama untuk anggur juga. (Sumber: Women's Health)

#3: Epal. Ada kajian mendapati 3 biji epal setiap hari boleh mengelakkan peningkatan berat badan dan juga berpotensi menurunkan berat badan. (Sumber: Women's Health)

#4: Kerepek kacang soya. Kajian di Jepun mendapati, kacang soya mampu membantu dalam mengurangkan berat badan.

Malah, berat yang hilang adalah daripada berat lemak dan bukannya berat otot. (Sumber: Women's Health)

#5: Ais Krim Jus Buah. Dalam cuaca panas sekarang, rasa sedap pula tekak jika dapat makan ais krim, bukan? Tapi apa kata anda buat sendiri. Buah just buah dan sejuk bekukannya. Kemudidan bolehlah anda memakannya tanpa rasa bersalah. (Sumber: Women's Health)


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin