6 Stail Baju Nikah

Oleh Adilah Fatin

Ada banyak variasi persalinan nikah untuk dipilih. Kami senaraikan 'favourite' 6 kami.

Foto: Hafizudin Hamdan

#1: Serlahkan gaya yang manis dan elegan dengan potongan baju yang ringkas dan lurus dengan kain yang sedikit meleret. Hiasan atas baju yang dipenuhi sulaman menambah seri persalinan anda.

Foto: Afnan Omar

#2: Baju kurung moden yang disulam walaupun ringkas, nyata menambahkan seri pengantin. Potongan di pergelangan tangan dibiarkan tirus, membuat pengantin tampak lebih segak.

Foto: Afnan Omar

#3: Berikan sedikit kelainan kepada pakaian anda dengan menambahkan sedikit dekorasi tambahan di bahagian pergelangan tangan. Sulaman bungaan di bahagian tengah baju dan tangan menyerikan lagi stail baju anda.

Foto: Afnan Omar

#4: Baju kurung moden yang diolah sedikit dengan potongan flap di hadapan baju kelihatan manis dan moden atas si pemakai.

Foto: Afnan Omar

#5: Anda mahu bergerak bebas di majlis perkahwinan anda nanti? Stail ini sesuai untuk anda. Penggunaan fabrik yang seusai membuatkan potongan ini tampak flowy dan mewah. Kain anda tidak semestinya perlu dibuat dari fabrik yang sama. Serlahkan kreativiti anda dan designer baju anda dengan menggunakan fabrik yang berbeza.

Foto: Afnan Omar

#6: Bagaikan memakai sash, namun sebenarnya tidak, Hiasan kedutan baju di sebelah bahagian baju amat menarik dan membawa anda lari daripada kebiasaan memakai baju kurung moden di hari akad nikah. Hiasan lengan yang hanya dibuat di bahagian hujung lengan amat sesuai memandangkan hiasan di bahagian tengah baju sudah gah.

. . . . . . . . . .

Foto header: Afnan Omar


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin