7 Stail Kad Kahwin

Oleh Adilah Fatin

7 stail kad kahwin ini mungkin dapat membantu anda dan pasangan dalam memulakan pencarian kad kahwin.

#1: Corak 'handpainted floral'

Corak ini agak popular pada tahun 2015 dan bahang kehangatannya masih terasa hingga tahun ini. Corak ini sebegini selalunya menimbulkan 'feel' yang lembut kepada kad jemputan kahwin anda. (Sumber foto: Instagram @meant2besent)

#2: Gold foil Print

Bahagian hadapan kad jemputan dihias dengan corak yang menggunakan gold foil print. Corak keemasan ini membuatkan kad jemputan kelihatan ekslusif dan tentunya menarik. (Sumber foto: Instagram Gizbycards)

#3: Rustik

Penggunaan brown paper memberi sedikit efek rustik untuk kad anda. Jika anda mahu sedikit tambahan aksesori untuk kad anda, anda boleh gunakan tali guni atau riben. (Sumber foto: Facebook iKahwin Store)

#4: Hotstamping

Anda minat dengan teknik hotstamping untuk kad kahwin anda? Secara ringkas, hasil kemasan untuk hotstamping ini timbul-timbul dan boleh dirasa dengan sentuhan anda. Memang menarik. Lagi best jika anda buat atas hardcover. (Sumber foto: Instagram Kadkahwinkudotcom)

#5: Lace & Riben

Lace dan riben bukan sahaja tampak cantik di baju. Jika diletakkan pada kad anda pun cantik juga. Tambahan pula anda gunakan warna-warna pastel. (Sumber foto: Instagram @erias.anggun_weddingcard)

#6: Digital Printing

Kad jenis ini mempunyai finishing yang glossy. Selalunya untuk pengantin yang mahukan sesuatu yang ringkas dan mudah untuk kad jemputan mereka. Tapi ini tidak bermakna design tak cantik tau. Design pun cantik juga. (Sumber foto: Facebook iKahwin Store)

#7: Bertema

Kad jemputan tidak semestinya perlu formal atau bernada serius. Jika anda dan pasangan ada idea menarik dan comel, apa salahnya anda gunakan apa-apa tema yang anda berdua suka. (Sumber foto: Instagram @dakwatdigital)


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin