7 Barang Comel Untuk Dibawa Ke Rumah Baru Anda & Pasangan

Oleh Adilah Fatin

Berpindah ke rumah dengan pasangan anda tentunya mengujakan untuk anda yang baru berkahwin. Tambahkan 7 barangan comel ini dalam senarai barangan anda juga.

#1: Sepasang sarung bantal. Selalu tengok padanan sarung bantal yang comel-comel dan lawak kan? Pernah teringin tak? Sekarang dah kahwin anda boleh pun boleh guna juga. (Foto: Bold Loft)

#2: Selipar rumah. Jika anda dan pasangan merupakan antara orang yang memakai selipar rumah, mungkin anda berdua boleh mendapatkan selipar comel. (Foto: Ebay)

#3: 'Onesies' sepadan. Jika selalunya pakai baju tidur biasa saja, anda belilah sepasang onesies yang sepadan dengan pasangan anda. Comel! (Foto: Pinterest)

#4: Apron superhero. Anda boleh menjadi Batman atau Superman atau mungkin juga Wonderwoman di dapur jika anda mahu, walaupun skil di dapur anda tidak seberapa. (Foto: Cotton On)

#5: Lampu tidur. Anda takut gelap atau sudah terbiasa tidur dengan lamou tidur? Bawa sahaja. Lagi-lagi kalau lampu itu masih berfungsi elok dan comel. Lihat reaksi pasangan anda apabila melihat sisi anda yang beliau tidak pernah lihat sebelum ini. (Foto: Ikea Malaysia)

#6: Hiasan lampu. Anda berdua tentunya akan menghabiskan banyak masa di rumah ketika baru berkahwin nanti. Inilah masanya anda boleh menggunkan jus kreatif anda untuk menghias rumah. Anda nak gantung lampu comel-comel di ruang tamu supaya ada 'feel' sikit ketika membuat 'movie marathon' pun masih boleh diterima sementara anda masih berdua ini. (Foto: Cotton On)

#7: Bakul baju. Please please pleseeeee...bagi isteri anda dapatkan bakul baju kotor yang isteri anda suka. Warna merah jambu corak bunga pun tidak apa kalau isteri anda mahukannya. Mana tahu nanti isteri anda tambah bersemangat untuk membasuh baju apabila tiba gilirannya. (Foto: H&M Malaysia)

. . . . . . . . . .

Foto header: Afnan Omar


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin