7 Big No-No's Untuk Bridesmaids

Oleh Adilah Fatin

Mungkin anda sudah biasa dengar apa yang anda perlu lakukan sebagai bridesmaid. Ini pula adalah 7 perkara yang anda TIDAK patut lakukan.

#1: Complain

Foto: Hafizudin Hamdan

Oh, ini tidak bagus. Pengantin tentunya sudah cuba untuk memberikan yang terbaik untuk majlisnya. Simpan saja komen-komen anda jika ia boleh mengguris hati rakan anda. Makanan/khemah/bunga/make up/air/inai? Jika anda tidak suka pun, janganlah anda cari pasal.

#2: Baju

Foto: Afnan Omar

Pengantin mungkin sudah tetapkan warna baju yang perlu dipakai. Kadang kala pengantin akan memberi kain untuk anda tempah, kadang kala tidak. Dan jika tidak, jangan pula anda beli kain mengikut pilihan hati anda. Mungkin warna yang ditetapkan pengantin membuatkan anda kelihatan kurang menyerlah. Sabar sajalah. Nanti apabila majlis anda, anda boleh buat ikut kata hati anda. Jika anda masih lagi rasa berat, buatlah baju anda dengan potongan yang sedikit glamorous.

#3: Moody

Foto: Hafizudin Hamdan

Kebetulan pula anda ada PMS ketika majlis rakan anda. Jangan anda layan sangat. Anda bukannnya remaja atau budak kecil yang tidak mampu mengawal emosi sendiri. Anda tentunya tidak mahu bermasam muka di majlis perkahwinan rakan anda, bukan? Senyum!

#4: Grouping

Foto: Hafizudin Hamdan

Pengantin mungkin mempunyai bridesmaids daripada pelbagai zaman - zaman sekolah, zaman pre-universiti/A-Level, zaman universiti, zaman kerja. Janganlah anda pilih untuk duduk dengan gadis-gadis sezaman anda sahaja. Cuba berkenalan dan bermesra.

Pengantin selalunya risau jika rakan-rakannya 'tak masuk'. Jadi, bagi pengantin sedikit kelegaan dengan cuba berkawan dengan kawan-kawan pengantin yang lain. Give it a try!

#5: Menghilang

Foto: Hafizudin Hamdan

Sedang majlis rancak berlangsung, anda hilang, ketika jurufoto hendak mengambil gambar, anda perlu dicari. Jangan benarkan perkara ini berlaku. Jika anda perlu kemana-mana, pastikan sekurang-kurangnya ada satu orang tahu. Tidak perlulah anda bersiar-siar sekitar dewan/hotel/lokasi majlis pada ketika ini.

#6: Lambat

Foto: Hafizudin Hamdan

Jika anda perlu berada di majlis jam 3 petang, pastikan anda berada di lokasi sekurang-kurangnya 1 jam lebih awal. Jika anda merasakan 1 jam awal terlampau ekstrem, 30 minit pun sudah mencukupi. Kelewatan anda boleh menggugat kelancaran majlis, lebih-lebih lagi jika majlis rakan anda melibatkan protokol dan tetamu kenamaan.

#7: Menyusahkan pengantin

Foto: Hafizudin Hamdan

Hah! Jika anda boleh selesaikan masalah sendiri, cuba anda selesaikan. Jika perkara tersebut agak besar dan berat, cuba dapatkan pandangan ahli keluarga pengantin yang terlibat. Cuba seboleh-bolehnya untuk tidak mengganggu pengantin dengan perkara yang remeh terutamanya ketika majlis sedang berlangsung. Jika majlis berada di luar kawasan dan anda perlu travel untuk sampai ke lokasi majlis, cuba buat satu langkah kehadapan dengan menghubungi bridesmaids lain yang memilih cara perjalanan yang sama. Dapatkan nombor telefon/email daripada pengantin sekurang-kurangnnya 2 minggu awal.

. . . . . . . . . . .

Foto header: Hafizudin Hamdan


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin