7 Cara Jimat Untuk Majlis Perkahwinan

Oleh Adilah Fatin

Anda bercadang untuk berjimat dalam persiapan perkahwinan anda? Ada beberapa perkara yang anda boleh skip atau gantikan dengan perkara lain untuk berjimat.

#1: Kek Tanpa Fondant

Foto: Martha Stewart Weddings

Setengah orang kata 'all out' untuk majlis perkahwinan anda, namun, jika kek anda saja sudah sama harganya dengan harga baju pengantin, ada baiknya anda memilih jenis kek yang lain.

#2: Diskaun

Foto: Huff Post Healthy Living

Jika anda membeli sedikit-sedikit barangan perkahwinan daripada vendor-vendor yang berlainan, kemungkinanan untuk anda mendapat diskaun agak tipis. Namun, jika anda beli barangan yang berkaitan daripada tempat yang sama, anda boleh mendapatkan diskaun dan tawar menawar. Hantaran juga boleh dibeli ketika musim 'sale' atau di kedai bebas duti.

#3: Katakan Tidak Pada Pinjaman Kewangan

Foto: Pay Anywhere

Membuat pinjaman hanya untuk majlis perkahwinan anda adalah langkah yang kurang bijak. Apa yang anda perlu benar-benar fokuskan adalah kehidupan selepas berkahwin. Bergelumang dalam hutang dan pembayaran bunga yang banyak bukanlah cara untuk berjimat.

#4: Skip tradisi yang tidak perlu

Foto: Hafizudin Hamdan

Orang Timur banyak tradisinya. Pasti ada banyak perkara yang perlu diikut dengan tertib. Namun, jika anda merasakan perkara tersebut tidak perlu dan hanya menggunakan duit yang banyak, tidak salah jika anda 'skip' saja. Lagipun, apa yang penting adalah anda dan pasangan memenuhi perkara wajib.

#5: Designer Baju

Foto: Afnan Omar

Mungkin anda selalu menatap gambar-gambar baju perkahwinan yang direka pereka terkenal tanah air, dan terliur. Perasaan sebegitu memang normal. Akan tetapi, jika keadaan ekonomi anda dan pasangan tidak mengizinkan, ini tidak bermakna anda tidak akan dapat memakai baju yang cantik di hari bahagia anda. Dapatkan pereka yang baru mahu meningkat naik atau butik pengantin di sekitar kawasan anda. Anda akan dapat berjimat dan memakai baju cantik.

#6: Band

Foto: Clover Flow

Anda dan pasangan mahukan 'wedding band' di majlis anda kerana anda tidak mahu menggunakan khidmat dj atau ipod untuk memainkan muzik? Tapi wedding band yang profesional akan memakan banyak bajet? Upah saja anak-anak muda yang berbakat. Pelajar sekolah misalnya ada banyak yang ada band sendiri. Jika mereka boleh menepati apa yang anda mahu, why not? Selain itu, geng-geng busker juga boleh menjadi pilihan yang bagus. Namun, jangan lupa untuk bermurah hati dari segi pembayaran. Bagi makan free bukan bentuk bayaran tau.

#7: Hidangan Tengah Meja

Foto: Decorating Ideas for Weddings

Okies. Mungkin anda sedikit geram jika meja makan tetamu anda kosong sahaja. Anda merasakan seperti mahu meletakkan sesuatu di tengah-tengah meja supaya tidak kelihatan suram dan kosong. Namun, apakan daya, bunga-bunga segar agak mahal dan dirasakan membazir kerana akhirnya bunga-bungaan tersebut akan layu. Jadi, apa kata anda letakkan sesuatu yang boleh dimakan sebagai centerpiece? Jika anda rasakan balang kerepek atau bahulu agak 90-an, anda boleh meletakkan gula-gula 'mint'. At least, tetamu anda boleh menyegarkan nafas selepas menjamu selera.

. . . . . . . . .

Foto header: The Wife & Husband


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin