7 Hadiah Pengantin Memang Perlukan

Oleh Adilah Fatin

Daripada beri hadiah benda yang pengantin tidak guna, lebih baik berikan mereka hadiah benda yang merepak perlukan, bukan?

#1: Tuala

Tuala yang berkualiti agak mahal untuk dibeli secara banyak pada satu-satu masa. Selepas berpindah ke rumah baru, pasangan yang baru berkahwin tentunya perlukan tuala lebih untuk tetamu yang bermalam di rumah mereka kelak. Jadi, tolong mereka sedikit dengan hadiahkan mereka tuala. (Sumber foto: Martha Stewart)

#2: Barangan elektrik di dapur

Walaupun klise, dan ramai yang memilih untuk menghadiahkan pengantin barangan dalam kategori ini, tidak salah untuk anda menghadiahkan raja sehari blender/microwave/periuk nasi dan sebagainya. Pengantin memang dah agak akan dapat barangan sebegini dan selalunya tidak masukkan dalam bajet untuk kelengkapan rumah baru mereka. Tidak perlu besar-besar pun tidak mengapa. Mereka pun berdua sahaja, sekurang-kurangnya untuk 9 bulan akan datang. (Sumber foto: Lowe's)

#3: Kuali

Kalau anda mahu lain sedikit daripada tetamu lain dan ingin menghadiahkan sesuatu untuk dapur mereka, apa kata anda berikan pasangan ini kuali/'frying pan' atau yang seangkatan dengannya. Mungkin bunyi lawak sedikit. Tapi, pasangan tentunya suka. Tak perlu risau tentang nak beli kuali dah. Kalau ada bajet lebih sedikit, belilah yang lebih tahan lama. (Sumber: John Lewis)

#4: Set kutleri

Memang selalunya barangan dapur yang agak leceh sedikit. Banyak yang perlu dibeli dan dilengkapkan. Set kutleri agak cool sebagai hadiah untuk pasangan raja sehari kerana bukan sahaja mereka memang perlukannya, tetapi juga selalunya set kutleri ini akan datang dalam kotak dan memang cantik sebagai untuk dijadikan hadiah perkahwinan. (Sumber Foto: Millys Store)

#5: Bantal

Seperti tuala, bantal pun tidak cukup sorang satu saja di rumah baru nanti. Semua benda kena ada lebh sedikit. Kalau bukan untuk kegunaan sendiri, untuk tetamu yang bermalam - keluarga, kawan. Bantal yang elok juga agak mahal untuk dibeli sekali banyak. Apa kata anda bagi sebiji dua sebagai hadiah. (Sumber foto: Anichini Hospitality)

#6: Buku resipi memasak

Yes, kita ada teknologi yang canggih untuk membolehkan kita belajar memasak atas talian. Tapi, buku memasak bagi feel yang lain sedikit. Seronok boleh 'flip' kertas daripada kena 'slide to unlock'. (Sumber foto: MPHOnline)

#7: Pinggan Mangkuk

Set pinggan mangkuk pun agak klise, tapi inilah yang mereka perlukan. Tips penting, jika anda tidak berapa pasti tentang stail dan citarasa pasangan pengantin, anda pilih yang dekorasinya tidak terlampau ketara dan ringkas. (Sumber foto: Living On Borrowed Days)

#8: Duit, duit, duit

Jika anda rasa anda agak leceh untuk membeli hadiah atau tidak sempat, anda beri sahaja duit. Bak kata orang, salam kaut. Jika ada bajet lebih, anda beri lebih sedikit. :) (Sumber foto: Bank Negara Malaysia)

Ps: Jika anda beri hadiah, jangan lupa tulis nama anda dan plus one tau! Selalunya ada pengantin yang mahu ucapkan terima kasih kepada tetamu dan pemberi hadiah apabila mereka mempunyai kesempatan.


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin