7 Idea Lagu 'Catchy' Untuk Video Kahwin

Oleh Adilah Fatin

... lagu video kahwin boleh, lagu masa kahwin pun boleh, lagu untuk dinyanyikan kepada pasangan lagilah boleh.

#1: Queen - 'You're My Best Friend'

Adakah anda antara mereka yang merasakan pasangan seperti 'bespren' sendiri? Cooool! Lagu ini mungkin sesuai untuk anda berdua. Intro dia pun sudah catchy. Sila klik tajuk lagu untuk lirik.


#2: Girls - 'Magic'

Well, intro dia mungkin sedikit panjang, tapi kalau edit-edit sikit dah okay dah. Lagunya sweet dan upbeat, buat anda rasa mahu jatuh cinta banyak kali dengan pasangan anda.

#3: Tegan & Sara - 'Closer'

Kalau anda pernah tengok 500 Days of Summer atau serasi dengan muzik indie pop, mesti anda familiar dengan nama duo ini. 'Closer' boleh memberi nafas ceria dan fun untuk video perkahwinan anda. Cumanya, jika anda mahu melihat video ini nanti, ada sedikit part yang anda mungkin mahu tutup mata. Heee.


#4: Borns - 'Electric Love'

Muzik video lagu ini mungkin agak lain daripada yang lain, tapi jangan tutup screen anda just yet. Cuba dengar mulai minit 0:32 jika intro dia kurang menepati citarasa anda. Minit 0:46 pastinya mampu menarik hati anda. Plus, lirik lagu ini sungguh comel.


#5: The Maccabees - 'Toothpaste Kisses'

Aww...lagu ini sememangnya sweet, manis, dan bergula. Simple saja pun. Kalau tak letak di video kahwin pun, anda boleh mainkan di majlis kahwin anda untuk pasangan anda. Nah, guitar chord untuk yang ingin mencuba: UltimateGuitar.com


#6: Arctic Monkeys - 'Baby I'm Yours'

Sebenarnya lagu asal ini dinyanyikan Barbara Lewis, tapi diberikan nafas baru oleh Arctic Monkeys. Jika anda mahukan lagu yang sedikit slow dan bermakna, mungkin ini yang anda cari. Versi ini ala ala The Beatles sikit.


#7: Foster The People - 'I Would Do Anything For You'

Ada banyak sebab untuk suka lagu ini. Semua bahagian lagu ini boleh buat anda jatuh cinta. Upbeat, yes. Catchy, yes. Meaningful, yes. Sedap, of course.

. . . . . . . . . .

Foto header: Afnan Omar



comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin