7 Idea Makanan Tambahan

Oleh Adilah Fatin

Kami senaraikan 7 menu tambahan yang anda boleh tambah untuk kenduri anda nanti.

#1: Gula-gula kapas

Foto: The Free Dictionary

Sebab ini adalah cara terbaik untuk menggembirakan tetamu-tetamu cilik dan juga tetamu dewasa yang berhati muda.

#2: Popsicles

Foto: Scissors

Popsicles boleh menyegarkan tekak tetamu anda jika majlis diadakan ditengah hari. Anda boleh menempah pelbagai perasa atau jika anda mempunyai kelapangan, anda boleh juga membuatnya sendiri.

#3: Ice cream float

Foto: The Goldfish Princess Eats

Sudah alang-alang anda mahu menambah bajet di bahagian makanan, apa kata anda sajikan tetamu anda dengan ice cream float?

#4: Kacang Pool

Foto: Foodspotting

Anda tidak perlu menjadi orang selatan untuk menyukai kacang pool. Hidangan ringan yang lazat ini amat sesuai dimakan sebelum atau selepastetamu anda menikmati hidangan berat.

#5: Buah berbatang

Foto: Holiday Helpings

Ini adalah cara menyeronokkan untuk menjamu tetamu anda. Daripada hanya memotong biasa buah-buahan, anda boleh mencucuk batang ais krim kepadanya.

#6: Roti jala

Foto: Hunger Hunger

Roti jala boleh dianggap sebagai makanan ringan yang boleh menyerikan majlis perkahwinan anda dan mesra dengan perut tetamu.

#6: Jagung

Foto: Ryan Berza

Jika anda mahu jimat sedkit,potong jagung kepada dua bahagian. Cucuk dengan batang untuk menjadikannya lebih presentable dan sesuai untuk dimakan kanak-kanak agar tidak comot.

#7: Variasi kuih tradisional

Foto: Giler Kentang

Jika selalunya ada sedikit sahaja jenis kuih, apa kata anda tambahkan lagi variasi kuih yang ada dari segi warna, bentuk dan rasa.

. . . . . . . . . . .

Foto header: FineFolx


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin