7 Inspirasi Sireh Junjung

Oleh Adilah Fatin

Mencari idea untuk hiasan sireh junjung anda? Dapatkannya di sini.

#1: Rona hijau dan putih tampak menarik dan segar jika digabungkan sama. Daun sireh yang diatur elok ditambah seri dengan bunga pilihan. (Sumber foto: Instagram @flair.design)

#2: Sukakan warna yang sedikit bold dan mahu lari sedikit daripada warna lembut dan pastel? Ini mungkin gaya yang sesuai untuk anda. Gabungan lilac rose dan lily merah jambu nyata punya kelainan. (Sumber foto: Instagram @thecraftpotion)

#3: Jimatkan kuantiti dulang hantaran anda dengan menggabungkan dulang sireh junjung bersama dulang cincin. Pilihan bunga pelbagai dalam warna senada tampak cantik dan tenang di mata yang melihat. (Sumber foto: Instagram @lovely_rizzaraa)

#4: Kreativiti gubahan tidak hanya terhad pada pemilihan warna bunga hiasan.

Anda juga boleh menvariasikan susunan daun sireh anda untuk membuat hantaran anda kelihatan unik dan menawan. (Sumber foto: Instagram @adibrashidcreation)

#5: Susunan sireh yang mencanak kelihatan gah dengan gabungan flora berwarna pastel lembut. (Sumber foto: Instagram @cakesbynaimnurul)

#6: Sireh junjung tidak semestinya perlu beraras rendah. Anda juga boleh menyusung aturnya seperti topiary. Gabungkan dengan warna yang menyerlah untuk lebih umph. (Sumber foto: Instagram @wannietot)

#7: Jika anda mahukan sesuatu yang ringkas dan kurang ekstravagan, pilihan sireh junjung bersaiz kecil hingga sederhana lebih sesuai. (Sumber foto: Instagram @flowersbyeeva)


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin