7 Inspirasi Stail Mahkota Pengantin Perempuan

Oleh Adilah Fatin

Tentunya anda mahu kelihatan seperti permaisuri di hari bahagia anda. Mahkota adalah sentuhan terbaik untuk mewujudkan suasana yang diinginkan.

#1: Kecil sahaja saiz mahkota pun tidak apa. Yang penting nampak terletak elok di kepala anda.

#2: Corak mahkota yang unik, membuat anda kelihatan lebih menarik.

#3: Hiasan mahkota yang sedikit sarat memberikan ekstra 'umph' jika anda memilih persalinan yang ringkas.

#4: Mahkota anda tidak semestinya diletakkan di bahagian tengah kepala. Jika anda letak ke belakang sedikit pun agak cantik juga.

#5: Pilihan rekaan mahkota yang kelihatan 'regal' membuatkan anda kelihatan seperti puteri raja.

#6: Corak hiasan kerawang pada mahkota memberi kemanisan pada si pemakai.

#7: Jika selalunya mahkota yang dipilih berwarna putih, corak keemasan pun tidak kurang cantiknya. Nampak cantik dan sesuai untuk dipadankan bersama persalinan songket

. . . . . . . . . .

Semua foto: Afnan Omar



comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin