7 Jurugambar Perkahwinan Pilihan iKahwin 2016

Oleh Adilah Fatin

Antara perkara penting dalam persediaan majlis perkahwinan adalah mencari jurugambar. Kami senaraikan 7 jurugambar yang mendapat perhatian kami.

#1: Images by YA

Images by YA diterajui oleh Yeirkif Abdullah yang berpusat di Kuala Lumpur dan Selangor. Memetik testimonial pasangan terdahulu, "Mesra, easy going ... antara jurugambar yang boleh dipercayai...", reputasi Images by YA tentunya boleh diyakini.

Perkara yang paling kami suka: Gambar-gambar sememangnya cantik. Banyak gambar bersahaja pasangan yang nampak natural memberikan 'feel' yang pasangan berasa selesa dengan jurugambar. Keselesaan itu sangat penting dalam memilih jurugambar agar tidak kelihatan kekok dalam gambar. Seperti pasangan lain dalam testimonial mereka di Facebook, kami juga ingin memberikan 5 bintang!

WhatsApp/Telefon: +6011 3753 1181
Email: images.by.ya@gmail.com
Facebook: Images by YA
Instagram: @images.by.ya

#2: Fadza Ishak, A Photography

Fadza Ishak, A Photography atau ringkasnya FIAP meraikan momento indah pertautan cinta antara dua jiwa dengan merakamkan detik-detik indah dan penuh bermakna pasangan. Perkara yang penting bagi tenaga kreatif mereka adalah untuk mendokumenkan setiap detik yang tidak ternilai - kecantikkan, keindahan, kegumuruhan dan lain-lain detik bermakna lagi agar dapat dikenang pasangan. Bak kata mereka sendiri,"Good pretty images can be produced and reproduced, but some moments can't be re-created."

Perkara yang paling kami suka: What's not to love about this team? Stail mereka yang menitikberatkan detik-detik bermakna pasangan membuat anda boleh merasakan juga rasa redup cinta yang terawang-awang antara pasangan dan keluarga. Senyuman dan jelingan manja yang anda tidak perasan pun mereka tidak tertinggal.

WhatsApp/Telefon: +6012 918 3523
Email: fadza.ishak@gmail.com
Facebook: Fadza Ishak, A Photography
Instagram: @fiaphotography

#3: Finefolx

Finefolx ditubuhkan pada tahun 2012 oleh pasangan suami isteri yang kedua-duanya mempunyai kelulusan dalam bidang Fotografi dan Imej Kreatif. Mereka pakar dalam mengabadikan kombinasi emosi dan butiran momen-momen indah hidup. Dan yang paling penting, mereka memberi perhatian khas untuk perincian dan penelitian dalam menyediakan album gambar anda dan pasangan

Perkara yang paling kami suka: Jika anda perasan kami pernah menggunakan gambar Finefolx dalam artikel-artikel kami sebelum ini. Gambar yang dihasilkan teliti dan menepati citarasa pasangan pengantin sekarang. Paling penting, penyediaan album gambar pun tidak diambil ringan.

WhatsApp/Telefon: +6018 350 1787
Email: hello.folx@gmail.com
Laman Web: www.finefolx.co
Facebook: Finefolx
Instagram: @finefolx

#4: We Are The Joe Zakaria (WTJZ)

Mengambil sedikit kata-kata Ansel Adams, "There are always two people in every picture which is the photographer and the viewer." WTJZ mementingkan pendekatan yang profesional dan mahukan anda sebagai klien untuk tidak runsing tentang hal-hal lain dan hanya bergembira di hari bahagia anda berdua. Serahkan hal fotografi ini kepada mereka dan anda pastinya akan berpuas hati.

Perkara yang paling kami suka: Aura keyakinan yang team WTJZ dan profesionalisme mereka boleh membuat anda senang hati. Dan yang pasti dan paling penting, hasil kerja mereka memang seperti yang diharapkan, tip top.

Email: wearethejoezakaria@gmail.com
Laman Web: www.wearetjz.com
Facebook: We Are The Joe Zakaria
Instagram: @wtjz

#5: The Leiora Wedding Photography

The Leiora dibentuk pada awal 2010 hasil gandingan Shaupix Achmad dan Aizzad Zaini. Mutu kerja mereka yang berkualiti mendapat perhatian Pesona Pengantin, Stailista, Nona, Vulcan Post dan akaun instagram inspirasi perkahwinan Malay Wedding Guide.

Perkara yang paling kami suka: Semua! Respon mereka pantas, gambar yang sememangnya 'breathtaking', dan seni fotografi mereka yang mengagumkan.

WhatApp/Telefon: +6012 432 6857
Email: getintouch@leiora.com
Facebook: The Leiora Wedding Photography
Instagram: @theleiora

#6: Mukhriz & Udey Photography

Prioriti mereka adalah untuk memastikan setiap kehendak dan keinginan pelanggan dipenuhi. Skil dan nilai artistik dicurahkan dalam setiap 'shot' untuk memastikan setiap detik bermakna anda dan pasangan diabadikan dengan indah. Mereka juga menjadi pilihan selebriti ternama tempatan seperti Elyana dan Umie Aida.

Perkara yang paling kami suka: Lihat saja pada gambar-gambar mereka, semuanya punya identiti tersendiri.

WhatsApp/Telefon: +6010 226 5839/ +6013 749 2491
Email: jastina.mu@gmail.com
Facebook: Mukhrizudey
Instagram: @mukhrizudey

#7: Tied The Knot Photography

Gandingan pasangan suami isteri Apit & Eja memberi hasil buah fikiran dan stail yang ceria dan fun untuk pasangan mempelai. Walaupun berkonsepkan idea segar, 'catchy' dan berfikir di luar kotak, Tied The Knot masih mengambil berat tentang detik-detik yang bermakna untuk anda berdua.

Perkara yang paling kami suka: Selain gambar-gambar yang tersangat menarik (memang bertepatan dengan konsep 'fresh ideas', 'catchy' etc) pasangan duo Tied The Knot amat peramah dan mudah mesra. Selain itu mereka juga cekap dan pantas. Anda mahukan jurugambar yang mesra seperti kawan tapi dengan skil yang mantap dan mutu kerja yang bagus? This is the one.

WhatsApp/Telefon: +6017 255 3514 atau +6017 616 7551
Email: hello.tiedtheknot@gmail.com
Facebook: Tied The Knot Photography
Instagram: @tied.the.knot


. . . . . . . . . . .

Foto header: Tied The Knot Photography

. . . . . . . . . . .

Disclaimer: Artikel ini tidak ditaja mana-mana pihak.


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin